May 9, 2012 – 10:19 am by bruneicitizen

Loading ...
Assalamu’alaikum.
What I can say, WE BRUNEIAN DO HAVE VERY CAPABLE BRILLIANT, SMART, INTELLIGENT, GENIUS citizen who are able to develop Brunei Darussalam to next advance level.
But there are various problem/matters that hold those smarter from exposing their brightness and super abilities.
Who hold these brilliant people to expose their potential? Is it their laziness? Or because of Low Income prospect? Or Higher Position Officer with Jealous’ Heart who is able to control them?
Sebagai contoh, apa yang mendukacitakan saya, ada RUMOURS (kabar angin) mengatakan orang-orang Brunei yang sudah Hafaz Al-Quran 30 Juz dan telah lulus peperiksaan tinggi sejak bertahun-tahun lamanya TIDAK DIBERI gelaran Al-Hafiz di hujung nama mereka. Kita boleh lihat sendiri apabila ada majlis yang melibatkan tilawah atau hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan, hakim-hakim adalah terdiri dari Al-Hafiz - Al-Hafiz dari luar negara termasuk dari rakyat Brunei Darussalam sendiri.
Tetapi yang mendukacitakan ialah, apabila disebut nama hakim dari kalangan rakyat Brunei Darussalam yang terdiri dari mereka yang sudah hafaz 30 Juz dan lulus dalam peperiksaan negara, mereka ini tidak dimuliakan dengan ditambah Al-Hafiz di hujung nama mereka. Sedangkan mereka yang dari luar negara atu plang dibagi gelaran Al-Hafiz dihujung nama mereka. Salah siapa? Salah pengacara pemegang microphone kah? Tidak sama sekali.
KENAPA dan MENGAPA orang-orang BERKENAAN inda mau memuliakan orang kitani sendiri? Sedangkan mereka ani (rakyat Brunei yang Hafaz 30 Juz ani) adalah orang-orang yang mulia di sisi agama dan di mata masyarakat Brunei sendiri dan mereka ani adalah rakyat Brunei Darussalam.
Kenapa yang BERKENAAN atu memuliakan rakyat luar tapi inda memuliakan rakyat sendiri yang cerdik pandai? Adakah yang BERKENAAN atu takut jawatan tinggi durang akan lenyap jika menaikkan nama orang-orang baru yang berilmu dan berkelayakan daripada durang?
Tahukah abiskita Al-Hafiz - Al-Hafiz di Brunei ani bukan seorang saja? Tapi labih sudah 5 orang yang layak digelar Al-Hafiz. Betapa sukanya kita bila tau bahawa rakyat Brunei sudah banyak para Al-Hafiz, tetapi di mana kah mereka? Mereka sebenarnya selalu ada di kaca-kaca television dan selalu menjadi hakim-hakim dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Mereka tidak expose adalah disebabkan tiada gelaran Al-Hafiz disebut dalam nama mereka. Ramai yang belum mengenali mereka sebab ada pihak-pihak yang BERKENAAN cuba menghalang kemuliaan mereka. Inilah yang saya dengar dari kabar angin sejak sekian lamanya.
Point saya di sini, apa yang saya ingin rujuk ialah kabar angin seterusnya ada menambah yang ada pihak tertentu mau memesyuaratkan penaiktarafan dan memuliakan nama orang-orang cerdik pandai ani untuk diberi gelaran samada Al-Hafiz dan lain-lain, TETAPI mesyuarat ani cuba dilanjut-lanjutkan sampai bertahun-tahun inda sampai-sampai nya.
Point utama saya ialah untuk menyedarkan bahawa di Brunei ani masih wujudnya penghalang-penghalang kejayaan semata-mata ingin menjaga kedudukan yang sedia ada daripada diambil oleh orang-orang baru yang berilmu dan berkelayakan.
Kalau banar tah kabar angin atu, saya percaya ani tah antara punca penyebab kenapa menghilangnya orang-orang cerdik pandai di Brunei ani.
Anitah antara puncanya kenapa orang-orang HND, Degree, Master, Phd masih menganggur dan masih bekerja di tempat-tempat yang tidak selayaknya semata-mata mereka ingin mengisi perut kosong mereka.
Sebab wujudnya pendangki-pendangki yang berjawatan tinggi terhadap orang yang cerdik pandai ani tah jua x kenapa Brunei payah kan maju dengan cepat padahal rakyat Brunei banar-banar terkenal dengan cerdik pandainya di serata dunia.
Sebab wujudnya pendangki-pendangki ani tah jua x menyebabkan idea-idea bernas tertanam cematu ganya sebab pengdangki-pendangki ani cuba menapuk orang-orang pandai atu dari expose di mata masyarakat.
Sebab wujudnya pendangki-pendangki terutama yang berjawatan tinggi ani tah jua x menghalang kerajinan dan kepandaian orang-orang bawahannya daripada untuk terus maju lagi.
Ani jua x antara punca kenapa banyak titah-titah diabaikan, ditangguh-tangguhkan dan ada yang belum tercapai sampai bertahun-tahun.
Contohnya, saya ada dengar kabar angin mengatakan ada pihak ani yang memegang jawatan tinggi di sebuah institusi pengajian tinggi cuba mempertikaikan tentang pengajian-pengajian Al-Quran di tempat pengajian mereka. Pihak ani mengatakan bahawa pengajian Al-Quran inda sesuai diadakan di tempat institut pengajian tersebut. Sedangkan institut pengajian tersebut adalah di bawah kerajaan Kebawah Duli dan adalah titah perintah Kebawah Duli jua untuk mengadakan pengajian Al Quran di institusi-institusi pengajian tinggi yang di bawah kerajaan.
Point saya di sini, jika benar kabar angin itu, maka membuktikan lagi bahawa adanya mereka yang berjawatan tinggi (dengan hati yang kurang mulia) ani dengan mudahnya mampu MENGAWAL sesiapa saja dan menghalang sesiapa saja dari mencapai kejayaan.
Kenapa saya tekankan mereka yang berjawatan tinggi yang berhati kurang mulia? Kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal atau menghalang seseorang semata-mata untuk menjaga jawatan, gaji, kemuliaan dari dirampas oleh orang-orang yang lebih baik daripada mereka.
Perlu diingat, apa yang saya tekankan di sini ialah perlunya ada kesedaran untuk memiliki hati yang mulia terutama penjawat-penjawat jawatan tinggi dalam kerajaan sebab mereka ini mampu mengawal seseorang dan sepatutnyalah mereka ini berhati mulia dan ingin memajukan agama, anak bangsa sendiri dan negara sendiri terlebih dahulu.
Saya amat bersyukur kerana diperintah oleh Kebawah Duli, pemerintah tertinggi yang mementingkan agama, berjiwa rakyat, penyayang, tidak sombong, yang mana nilai-nilai murni inilah sepatutnya ada dalam diri semua ketua-ketua dalam semua jawatan di negara ini dalam sama-sama mendokong hasrat baginda untuk menjadikan negara ini sebuah negara zikir.
Harapan saya agar KABAR ANGIN seperti di atas inda akan terjadi lagi dan mana-mana yang perlu; mesti diperbaiki, diusahakan, dicapai dengan seberapa segera. Kalau ani mampu kita buat, saya yakin mereka-mereka yang layak dengan ilmunya akan mendapat jawatan yang baik, yang rajin akan mendapat hasilnya, yang mulia akan mendapat haknya, ketua-ketua yang ikhlas akan dihormati dan Negara Brunei Darussalam akan cepat berkembang maju sesuai dengan masyarakat Brunei yang berpengetahuan tinggi. Insya-ALLAH.
This post was submitted by bruneicitizen.
Posted in Malay Postings | 4 Comments »