Bayaran Gaji Bahagian Jabatan (Bahagian Lanjutan), Kementerian Pendidikan

August 27, 2010 – 10:29 am

Terlebih dahulu saya minta maaf kepada pihak Kementerian Pendidikan, terutama Jabatan yang berkaitan dengan masalah yang akan saya adukan ani.

Saya kurang pasti Jabatan mana yang bertanggungjawab dengan masalah ani. Masalah yang cuba saya sampaikan ani adalah masalah guru yang mengajar di bahagain lanjutan (yang mengajar urusan rumahtangga seperti, jahitan, masakan dll). Masalah ani bukan masalah yang saya hadapi, saya cuma bertindak sebagai penyampai bagi pihak ibusaudara saya yang bertugas sebagai guru di bahagian ani.

Seperti yang saya ketahui dan dimaklumkan oleh ibu saudara saya, masalah ani sudah lama, iaitu pembayaran gaji hari (melalui voucher) yang seringkali lewat. Pembayaran ani lewat sehingga 3 bulan atau lebih, kadang-kadang pun pembayaran yang diterima setelah 3 bulan hanyalah voucher bagi satu (1) bulan gaji. Lewat pembayaran ani amat menyukarkan beliau sehingga terpaksa berhutang bagi menampung kehidupan beliau setiap bulan sementara menunggu gaji. Seperti pihak tertentu sudah maklum, gaji guru ini bukanlah besar sangat akan tetapi jika lewat pembayaran gaji, segala urusan menjadi sukar, tambah lagi bukan semua orang sanggup untuk sering berhutang apalagi kalau kita kurang jelas tarikh untuk membayar hutang-hutang tersebut kepada yang memberi hutang. Syukur alhamdulilah, ibu saudara saya boleh dikatakan pandai menjalani hidup dengan membuat sedikit perniagaan seperti menjual kuih muih walaupun pendapatan hanya sedikit, tetapi cukup untuk beliau “memusing-musing” kewangan beliau.

Saya pernah menyarankan untuk beliau bertanya kepada pihak yang berkenaan, mengenai lewat pembayaran gaji ani iaitu di ibupejabat (bangunan) yang terletak berdekatan dengan Sekolah Maktab Duli Al-Muhtadee Billah, Gadong. Jawapan yang sering diterima adalah “tidak ada peruntukkan budget”. Yang mana menurut beliau lagi mereka memberi alasan sedemikian kerana budget tersebut ditarik untuk membayar guru berjawatan guru sandaran. Jika menurut saya, masalah budget ini bukanlah alasan yang munasabah kerana saya percaya budget ini sudah diperuntukkan bagi setiap kakitangannya.

Oleh yang demikian, saya memohon bagi pihak ibu saudara saya agar masalah ini dapat dipantau oleh pihak jabatan ini, kerana masalah ini telah berlanjutan sejak 2 tahun kebelakangan atau lebih. Mohon pihak tertentu ini dapat membuat tindakan yang sewajarnya sebaik sahaja mengambil maklum masalah ini.

Sekian. Terima kasih.

*Mohon maaf sekali kepada pihak yang berkenaan, jika aduan ini terpaksa dibuat dalam brudirect.

This post was submitted by Rakyat prihatin.

  1. One Response to “Bayaran Gaji Bahagian Jabatan (Bahagian Lanjutan), Kementerian Pendidikan”

  2. Salam…Rakyat prihatin.
    Kehidupan adalah anugerah utama Allah,anugerah kehidupan memberi gembaran kebesarannya buat kita manusia,yang wajib kita syukuri dan hargai.Internet adalah kemudahan buat manusia.justeru itu manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan ummat sejagat.Sentiasalah kita beringat,apa yang kita lakukan,akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
    Gunakan sebaik-baiknya kurnia allah swt kepada kita.Halalkan kegunaan akal,hati dan lidah pada perkara-perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat .kita hidup hanya sekali,sekali pergi tak akan kembali.Buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali-kali.Kewujudan website HYS sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri.Bermetalamatkan penyatuan ummah dengan cirri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dengan teknologi. Kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri sebagai insani.
    Wassalam

    By KRITIKUS on Aug 29, 2010

You must be logged in to post a comment.