TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM LIAU BADAR @SEORANG PELAKON YG TIADA GANTINYA.

September 3, 2010 – 9:31 am

Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Hj Rais Banih @ Liau Badar.. semoga biskita sekeluarga dapat merelakan kepergiannya dengan tenang. Beliau telah kembali kepangkuan yang ESA.. Puteri pernah menjadi rakan seperjuangan arwah dan sepanjang pekenalan Puteri dengannya, arwah merupakan seorang yg sebenarnya agak pendiam tetapi juga mudah disenangi..

Arwah sangat menghormati sesama sendiri. Puteri sangat mengkagumi arwah kerana bukan saja arwah boleh dianggap sebagai teman tapi juga sebagai seorang yang sangat tekun dan berkaliber dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon. Puteri serta rakan2 yg lainnya juga sangat merasakan kehilangan seorang insan yang tidak mungkin akan ada penggantinya..

Kepada semua member2 HYS, fans dan semua yg mengenali arwah.. marilah kita sama2 mendoakan semoga roh arwah Liau Badar ditempatkan bersama2 orang2 yg beriman.. Alfatihah.. AMIN.

This post was submitted by Puteri.

You must be logged in to post a comment.