September 4, 2010 – 9:09 am by M.N.Abdullah
Terima kasih kerana telah menghiburkan hati kami, Atas segala jasa yang telah engkau korbankan, Kami akan merinduimu, Senyumanmu akan kekal kami lakar didalam hati, Setelah sekian lama engkau menaburkan senyuman, Kini saatnya engkau kembali kepada Tuhan yang satu. Wajahmu menghiasi layar kaca, Gelak tawamu memecahkan kesunyian, Keikhlasan diraut wajahmu kami hayati, Engkaulah seniman yang berjasa, Dan kami menyayangimu walau tiada pertalian, Wahai bapa bangsawan negara yang kami sanjungi. Damailah engkau di sana, Kami di sini akan tetap mendoakanmu, Walau seribu tahun berlalu, Walau seribu wajah menjelma, Tiada nyawa yang bisa menggantimu, Tiada perwatakan seikhlas darimu. puisi ini khas ditujukan untuk almarhum Hj Rais Banih...al-Fatihah_ www.legacy1985.blogspot.com ...


