CERITA PRIHAL ORANG YANG TIDAK MEMBAYAR HUTANG

September 21, 2010 – 10:28 pm

Kita memang sedia maklum masalah hutang piutang sekarang ini semakin meruncing terutama yang melibatkan pembayaran secara tunai, terutama hutang piutang Kad kredit, kenderaan, pinjaman peribadi dan lain-lain. Kecenderungan berhutang ini berkemungkinan disebabkan kekurangan wang tunai dan juga cerita-cerita yang menarik dipaparkan oleh pihak bank dalam menarik pelanggan-pelanggan mereka. Apa yang pasti pihak Bank memang memerlukan orang-orang yang berhutang untuk terus hidup, kalau tidak masakan wujud peguam-peguam Civil di Brunei yang menjalankan tugas menuntut segala hutang yang tertunggak pembayarannya.Masalah sekarang adalah kecenderungan masyarakat kita untuk lari dari membayar hutang sehinggalah mereka diheret ke mahkamah. Ini adalah satu kisah benar yang berlaku di Irak pada tahun 1954. Barang kali kisah ini bolehlah diambil sebagai teladan bagi kita semua.

Seorang lelaki berdiri di hadapan kadi menginkari yang dia berhutang sebanyak 1500 dinar daripada seorang waris Hj Ib*****. Kadi kemudiannya meminta dia bersumpah dengan Al-Quran bahawa dia tidak pernah berhutang dengan Hj Ib***** wang sebanyak itu. Dia bersumpah dan meninggalkan mahkamah setelah dibebaskan oleh kadi dan dijatuhkan hukuman tidak bersalah. Tidak sempat pun dia melangkah keluar dari pintu mahkamah tiba-tiba dia jatuh lalu mati.

Kisah selanjutnya adalah begini:

Hj Ib***** merupakan seorang peniaga besar, dan tidak pernah menghampakan sesiapa. Suatu hari seorang lelaki [sipenghutang] meminta pertolongan kepada Hj Ib***** untuk meminjam wang sebanyak 1500 dinar bagi menyelesai hutang dan membaiki kehidupannya.

Penghutang melahirkan rasa terima kasihnya kerana Hj Ib***** tidak keberatan meminjamkan wang sebanyak 1500 dinar kepadanya. Hj Ib***** berkata “Tidak ada terima kasih diatas perkara wajib, diantara saya dan awak adalah Allah, dialah sebaik-baik wakil dan sebaik-baik saksi”. Setahun kemudaian Hj Ib***** meninggal dunia.

Isteri Hj Ib***** membuka semula buku catatan hutang suaminya dan menuntut hutang dari sipenghutang. Sipenghutang menafikannya dan menyatakan kepada isteri Hj Ib***** yang hutang tersebut telah dilunaskan kesemuanya sebelum hj Ibrahim Meninggal dunia. Isteri Hj Ib***** mengadu supaya sipenghutang mengubah pendiriannya tetapi enggan dan berkeras serta sombong.

Isteri Hj Ib***** akhirnya mewakilkan peguamnya untuk menyelesaikan masalah ini. Mahkamah terpaksa melaksankan hukuman didalam kes ini dengan kaedah “keterangan oleh orang yang mendakwa dan sumpah oleh orang yang menginkari dakwaan’.

“Adakah saudara akan bersumpah dengan Al-Quran bahawa saudara tidak berhutang dengan Hj Ib***** wang sejumlah 1500 dinar” jawab sipenghutang “saya bersumpah”….lalu dia bersumpah. Mahkamah mengisytiharkan hukuman “TIDAK BERSALAH”.

Baru sahaja penghutang keluar dari mahkamah dengan keadaan bangga tiba-tiba suara keriuhan kedengaran diluar pintu mahkamah kerana sipenghutang rebah dan terus mati disitu.

Hj Ib***** semasa hayatnya adalah seorang yang suka membuat kebajikan kepada orang ramai terutama jirannya, dia pernah berkata “harta ini adalah harta Allah..dahulu aku miskin tapi kini Allah mengurniakan kekayaan kepada ku.. aku tidak akan menyergah anak yatim dan aku tidak akan menyusahkan sesiapa yang meminta”. Hj Ib***** selalu mengakhiri perbualannya ” alangkah baiknya kepada ku jika setiap kubur ini ada hutang”…..

This post was submitted by Mohd Abd Rahman.

  1. 5 Responses to “CERITA PRIHAL ORANG YANG TIDAK MEMBAYAR HUTANG”

  2. nice post. cantik.
    boleh dijadikan teladan kepada semua :)

    By aspire on Sep 22, 2010

  3. Yg last sekali nda ku phm,’alangkah baiknya kpada nya,kalau stiap kubur ada hutang’ apa mksudnya tu ah?Apa yg baik?

    By Mat jenin on Sep 22, 2010

  4. Maksudnyanya disana “alangkah baiknya kepadanya, setiap kubur ada hutan’ - bayangkan jika hj Ib**** mahu menyelesaikan hutang-hutang mereka yang beleum terbayar hanya kerana kebaikan hatinya….bayangkan bagaimana Allah akan memberi pahala kepadanya .

    By Mohd Abd Rahman on Sep 25, 2010

  5. KUBUR ADA HUTAN…..apakan tu?
    M.A.Rahman …Nama mu ani bisai pulang …sampai ada kelebihan mengetahui dan dapat membayangkan bagaimana Allah memberi pahala kepada orang baik hatinya…haha kalau macamtu baiktah jadi ahli nujum dapat meramal dan membayangkan semua hal yang sulit.. sekurang2nua dapat jua mengurangkan kekufuran dikelangan orang kitani..

    By pengambang on Sep 27, 2010

  6. Pengambag bukan hutan-Hutang

    By Mohd Abd Rahman on Oct 1, 2010

You must be logged in to post a comment.