Jadilah Majikan yang Baik
October 10, 2010 – 4:02 pmSeringkali kita terbaca dimedia-media cetak kita sekarang ini mengenai dengan dilema-dilema dimana gaji-gaji para pekerja seperti pembantu rumah, pekerja -pekerja buruh yang tidak dibayar, barangkali ini mungkin juga boleh kita kaitkan dengan kisah-kisah para pekerja yang lari dari majikan-majikan, cuba kita bayangkan jika gaji tidak dibayar sedangkan tenaga telah pun dikerahkan sepenuh untuk menjalankan pekerjaan seperti yang dikehendaki oleh para majikan, makan dan minum serta pakaian harus mereka sediakan sendiri, ini tidak termasuk wang yang perlu dikirim kepada keluarga bagi perbelanjaan mereka disana.
Kita juga harus sedar bagaimana besarnya tanggungjawab kita menjadi seorang majikan, pemantauan keatas pekerja terutama pembantu rumah haruslah diambil kira. Tidak semua mereka itu bersikap negatif dan bekerja sambil lewa, apa yang dikhuatiri ialah apabila majikan bertindak keterlaluan seperti mendera kerana ini boleh sahaja menimbulkan persepsi negatif para pekerja luar terhadap masyarakat negara kita. Kita boleh ambil contoh dari apa yang berlaku dinegara jiran kita, dimana beberapa kes penderaan yang keterlaluan dilakukan keatas pembantu rumah sehingga menimbulkan perselisihan faham dari kalangan rakyat kedua-dua buah negara, rakyat masing-masing menyimpan rasa tidak puas hati dan berdendam. Ini menuntut kepada beberapa perubahan dimana para pekerja seperti pembantu rumah mendapat cuti sehari iaitu pada hujung minggu untuk menghilangkan rasa tekanan daripada pekerjaan mereka.
Beberapa rekomendasi juga dibuat supaya para pekerja yang akan diambil bekerja perlu menjalani latihan asas dalam bidang pekerjaan mereka dan perlu lulus sebelum dibenarkan bekerja. Jika kita lihat dalam kontek negara Brunei perkara-perkara seperti itu tidak wujud dan diperlukan kerana ia lebih bergantung kepada agen-agen yang menguruskan para pekerja ini. Ia lebih dilihat sebagai perniagaan para agen-agen sahaja yang akan mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kemampuan para pekerja yang akan bekerja nanti dan kebanyakan dari mereka sebenarnya tidak mempunyai kebolehan dalam pekerjaan yang mereka jalankan.
Untuk menjadi majikan yang baik harus juga dilihat dari segi kemampuan kewangan kerana mempunyai pekerja bererti melibatkan pembayaran gaji kepada pekerja yang memerlukan kewangan yang stabil dan mencukupi, jika masalah kewangan berlaku kepada majikan, inilah yang akan berlaku dimana kita sebagai majikan tidak akan mampu membayar gaji pekerja sehingga menimbulkan masalah kepada kita sendiri dan pekerja.
This post was submitted by Mohd Abd Rahman.

4 Responses to “Jadilah Majikan yang Baik”
Salam.
Sebagai pandangan dan pendapat
Sebagai langkah mengimbangi masalah ketidakadanya tanggungjawab majikan terhadap pekerjanya (jadilah majikan yang baik) pihak tertentu haruslah mengupas masalah dengan memfokuskan empat aspek sebagai cadangan iaitu sistem dan proses, penawaran dan permintaan, penguatkuasaan dan perundangan. Secara rengkasnya dalam aspek perundangan, seharusnya meneliti keperluan untuk memperincikan tugas dan tanggungjawab majikan dalam keseluruhan proses pengambilan pekerja asing. Tanggungjawab ini merangkumi peringkat kemasukan pekerja, sepanjang tempoh keberadaan di Negara ini dan ketika pekerja tamat tempoh permit dan perlu keluar meninggalkan Negara ini.
Untuk memastikan penguatkuasaan perundangan ini tidak menjadi bebanan kepada majikan atau pekerja yang masih tidak menikmati hak yang dipersetujuinya ,pihak kerajaan juga mesti ada hak kuasa dalam mendaulatkan undang-undang dengan menguatkuasakannya bagi mengenakan denda yang berat ke atas majikan bagi setiap kesalahan mengingkari peraturan yang dirangka bukan untuk menganiaya, sebaliknya mahu memastikan mereka ikhlas dan adil terhadap pekerja yang mencurahkan tenaga hikmatnya untuk menyarai hidupnya. Selain itu, kerajaan wajar mewujudkan saluran khusus atau pangkalan data yang mengandungi profil lengkap untuk membolehkan majikan mengesan calon pekerja masing-masing. Melalui perincian tanggungjawab majikan haruslah disepadukan dalam bentuk perundangan sama ada dalam peraturan dan akta sedia ada ataupun baru, Kementerian berkenaan yang ada hubungkait dengan Sumber Manusia akan mewujudkan pengkalan data setiap majikan. Pengkalan data ini akan merekodkan segala maklumat berkaitan majikan. Dengan wujudnya pengkalan data ini, semakan terhadap rekod pengambilan dan pengurusan pekerja asing satu-satu majikan akan dapat dibuat dari masa ke semasa khususnya apabila majikan memohon untuk mengambil pekerja asing baru. Pertimbangan terhadap permohonan pekerja asing oleh majikan akan mengambil kira beberapa faktor tambahan seperti bilangan pekerja asing mereka yang tidak meninggalkan Negara setelah tamat tempoh permit, rekod pengurusan kebajikan pekerja, penggajian pekerja tanpa permit dan sebarang aduan berkaitan majikan daripada mana-mana pihak.
Kewujudan pengkalan data ini akan dilaksanakan bersama dengan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan bersepadu melibatkan semua agensi penguatkuasa. Ia meliputi aspek pengambilan pekerja asing secara sah, penyalahgunaan permit kerja dan pematuhan kepada undang-undang perburuhan. Kita tidak mahu imej Negara tercemar dengan sikap segelintir majikan yang mengeksploitasi para pekerja asing sebagaimana aduan yang dilaporkan seperti kes gaji tidak dibayar, penderaan, persekitaran kerja dan tempat tinggal yang daif serta kes pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia dan lain-lain lagi. Tindakan bukan sahaja akan diambil terhadap syarikat tetapi juga individu yang bertanggungjawab untuk mengelakkan kegiatan yang menyalahi dan cuba melindunginya.
Sudah tiba masanya para majikan lebih bertanggungjawab dalam hal berkaitan pengurusan pekerja asing. Kita tidak mahu para majikan hanya bersungguh-sungguh berusaha dan mendesak untuk diberi kelulusan bagi mengambil pekerja asing dan kemudiannya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan apabila pekerja yang telah tamat tempoh tidak keluar meninggalkan negara Majikan juga tidak boleh dengan mudah lari daripada tanggungjawab dengan memberikan alasan mudah bahawa pekerja lari dan tidak dapat dikesan. Majikan perlu turut sama bertanggungjawab kerana hakikatnya mengambil pekerja asing adalah keputusan mereka sendiri dan setiap pekerja asing yang dibawa masuk pula adalah pilihan mereka. Majikan seharusnya menyediakan sistem pengurusan pekerja asing masing-masing yang mengambil kira risiko pekerja lari meninggalkan majikan.
Wassalam
By KRITIKUS on Oct 10, 2010
no koment
By personal on Oct 11, 2010
majikan ku lagi tia hebat,kalau datang ke opis naik gila sama marah2. atu tah saja kerajanya
By fizadanie on Jun 24, 2011
YTH BOS2 MUDA KARANG ane..bukan kan ingat n jalankan tanggungjawabnya tapi kan membuli urang bawahan…pikirnya apa x urang ane…manusia jua x ah mcm ia..beza ganya jawatan mua atu…tapi ku heran…pelajaran nya tinggi tapi Utaknya MACAM KANAK_KANAK berakal bah lagi adiku walaupun form 5 baru… sadangtah eh..ingat jua kan hari esuk..manatau mati kah..sakit kah…. tapi dalam keadaan ia menyusahkan urang bawahan.. Tuhan tu adil… n doa orang2 yang teraniaya ane makbul bah.. ingat tu..Ketua2…
By Awang Cobalt on Sep 25, 2011