Kenapa Harus Terjadi penginayaan
October 27, 2010 – 8:35 pmSemua Rakyaat DiBrunei sudah tahu apa itu MIB dan sekarang Raja kitani mahukan Brunei Darussalam menjadi Nagara ZIKIR. KOMEN ku ani ku tujukan kepada Pengrusi RBA dan Pengrusi TAP mudah2an kedua2 mereka ani berugama ISLAM dimana WAJIB menanai dan MENDUKONG HASRAT Raji kitani serta mengAMALkan PRINSIP MIB dan sentiasa INGAT dalam hati yang bersih untok sentiasa bertugas dalam keadaan ZIKIRULLAH.Hormat lah kepada Raja Kitani.Baru2 ani seramail 74ORANG bakas Kakitangan perkerja RBA telah menerima balik duit yang telah dikurangkan/disembalih oleh RBA dari ESB mereka. Yang lain inda kna bayar.Critanya macam ani.Sebilangan Bakas perkerja inda mahu mendakwa RBA atas kelicikan management RBA menipu bakas perkerjanya dengan melantik Paguam,untok apa PAGUAM dimana tanggung jawap TAP mana pengrusi RBA dan Pengrusi TAP apa kah masih berkhayal/melamun dan berangan2 dengan kedudukan mereka ,apakah biskita mengamalkan prinsip MIB dan mahu ikut menjadikan Negara kitani menjadi benar2 sebuah Nagara ZIKIR,jangan membisu berkerja lah dami Rakyaat.Apa kah Management RBA mengikut arahan TAP,sudah tentu TIDAK.Dari tahun 1993 management RBA menipu perkerjanya dengan menyatakan dalam penyata GAJI ada membuat CERUMAN untk kakitangannya hinggal lah bila masa kakitangan berhenti atau bersara maka RBA akan mengurangkan/memotong ESB dengan alasan kerana TAP,kemana hilangnya TAP,berkali2 sudah dilaporkan kepada TAP tapi TIDUR takut untk mengembil tindakan kepada management RBA.2008,sekali lagi secara beramai2 bakas perkerja RBA membuat ADUAN dengan datang sendiri ke TAP, Lagi TAP BUTAkan Mata TULIkan Telinga mana inda, ketika mesuyarat bersama management RBA , Management RBA sudah mengaku bersalah kerana mengurangkan ESB bagi Tujuan CERUMAN TAP 5% dari perkerjanya,kalau lah RBA inda bersalah kenpa tya membayar kepada 74 orang pendakwa dengan 6% interst setahun ( feadah) apabila diarahkan oleh MAKAMAH.Kepada Pengrusi TAP dan Peguamnya kemana tya biskita lari, TAP selalu LAUNG2kan yang TAP sentiasa memaduli AHLInya.Jangan kan Ugama Islam,apa pun Ugama inda ada yg mengejarkan penganutnya supaya menginaya orang apatah lagi PRINSIP NAGARA BRUNEI.Kalau sudah bersalah atau silap knapa Pengrusi RBA pun sama diam2kan diri ada SHARE kah.B$800,000.00+++ sudah dibayar kepada 74 orang melalui PAGUAM dan 30% dari hasil atu disembalih oleh PAGUAM bagi TUNTUTAN pertamanya.Knapa HARUS melantik PEGUAM dimana tya TAP, kerana charge yg dipinta ani lah sebab2nya sebilangan bakas perkerja tidak mahu berurusan dengan peguam kerana inda mahu bersongkokol seperti TAP.Management RBA senang2 saja menjawab kepada Bakas Perkerja RBA yg inda mahu malantik peguam dengan menyatakan TUNTUTAN dibuat sudah melebihi 6 TAHUN kerana UNDANG2 Brunei DARUSALLAM bila mana KISS/kes udah melebihi 6 tahun maka tidak dikira VALID..Kpda Pengrusi RBA dan ahli Lembaganya ani bukan masaalah HUTANG tapi ani masaalah JANJI dan HAK mereka lain lah kalau biskita ampit kuah dari hasil tuntutan atu.Perlu di ingat DOA orang yang teraniya,karang bukan pulang RBA terbang keudara tapi……….ingat kalau biskita saja berkubur inda apa tapi jangan Penerbangan( DIRAJA) Brunei manjadi KORBAN.Untk makluman Pengrusi RBA dan Alhi lembaga Pengarah,Bakas Perkerja sudah diberitahukan kepada mereka yang RBA dipihak yang salah dan peguam yang telah dilantik atu besar kemungkinan juga TAHU sebab atu tah ia senggup mengambil KISS/kes bakas perkerja dibawa ke MAKAMAH (lakunan) sendiwara lanun,ani lah sebabnya mereka yang lain inda mahu melantik Paguam.Kepada Pengrusi RBA , Pengrusi TAP dan Ahli Lembaga Pengarah inda kan parkara yang kecil macam ani pun HARUS bakas Perkerja Menghadap Kehadapan Majlis KDYMM Sulatn,Raja yang sengat perhatin dan sentiasa memadulikan Ra”akyat Beginda,lain lah kalau abis kita mahu perkara ani perlu dilalakukan.Akhir Kalam untk pengetahuan Pengrusi RBA,sebenarnya parkara ani sudah dilaporkan kepada Management RBA dan TAP sejurus setiap perkerja berhenti dan bersara dari perkhidmatan mereka dan secara beramai2 pada awal tahun 2008,bukan kepada peguam yang membawa perkara diatas yang sudah ketawa dengan charge 30% dan akan datang lagi tuntutan keduanya mungkin ia akan dapat B$500,000.00 (500k).Wassalam Maaf kepada yang tersebut dalam KOMEN ani.
This post was submitted by Kangaroo.

17 Responses to “Kenapa Harus Terjadi penginayaan”
Saya setuju….
Nganya tunggu lagurnya saja… Masa ani kbwah duli suka melawat mengajut saja.
confirm lau ada yang inda tahan hati, luan2 panas sudah ada yg beckap direct bah tu arah kebwh duli.
By The_GhosT on Oct 27, 2010
Ada 3 doa yg terus dimakbulkan olh Allah:
Antaranya,
Doa org yg ditipu dn org yg dizalimi.
Doa org tua kpd anaknya.
Didunia ani kita lepas di mahkamah. Tpi Mahkamah akhirat dan kubur di mana kitani lari?
By org masjid on Oct 28, 2010
Mcm na kna pduli rba ah.Ya swasta tu kali bh.Tapi royal dpn nya.Elaun lagi byk kna potong.Alasan ada saingan.Mcm ikut arus air jaa..
By Mat jenin on Oct 28, 2010
1.Saya ingin mengulas sedikit rencana yang dibuat oleh kangaroo.Untuk makluman pembaca saya membuat kenyataan ini disebabkan ada keraguan yang boleh menghirit kita mempercayainya yang tidak kita disedari bahawa minda kita telah diperkosa memandangkan ada sindiran- sindiran dan juga komen-komen yang tidak berasas yang dilontarkan terhadap pehak tertentu.
2. Kesemua kenyataan ini merupakan kenyataan padang-dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan, tetapi sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti itu seolah-olah ianya fakta nyata.kes seperti ini berulang-ulang kali berlaku terhadap agensi-agensi kerajaan yang dirasakan pelakunya adalah sama yang kurang menyenangi dengan keikhlasan pegawai dan kakitangan kerajaan yang seolah-olah ada sejarah hitam yang membayangi hidupnya.
3. Rencana berkenaan juga menggambarkan suasana keaifan seolah-olah dalam kes ini ada kelemahan dan kecacatan serta proses perundangan yang didedahkan yang ada berkaitan juga dikompromi dengan tujuan menyembunyikan masalah sebenar . Gambaran ini pada hakikatnya adalah tuduhan dari fakta mulut kemulut.
4. Dakwaan tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah ditunjulkan dan diteliti. Dakwaan kononnya digambarkan dengan rekaan-rekaan yang terbukti palsu serta dibuat-buat . Apakah “gambar” yang ghaib itu hanya boleh dijadikan bukti dalam pandangan umum yang disebut dalam rencana berkenaan?
5. Butiran kes akan terungkai sepenuhnya jika ianya benar-benar berlaku ,bertahun-tahun hingga sekarang kes ini tidak kedengaran dan mustahil perkara ini tidak dihibuh-hibuhkan dalam jangka sepanjang itu sebagai isu-isu hangat untuk ditimbulkan di ruangan ini sebelumnya kecuali orang yang coba menimbulkan suasana menjadi tegang. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dakwaan adalah tidak berasas sama sekali dan dakwaan itu dibuat semata-mata untuk menjadikan dongengan yang timbul sekitar kes ini lebih menarik.
6. Sebarang kenyataan yang ditimbulkan sudah tentu mengundang pelbagai tafsiran atau tangkapan kepada agensi yang terlibat dan tangkapan ini juga dianggap sebagai mencampuri urusan dalaman, memandangkan perbicaraan kes itu tidak pernah didengar atau tidak pernah berlangsung.
7. Seperti yang dinyatakan sendiri dalam rencana itu, ada isu berkaitan “subjudice” dan penghinaan mahkamah, apabila membincangkan kes in perlu menghormati undang-undang dan peraturan negara ini dan dalam konteks kes ini, menghormati undang-undang dan peraturan tersebut bermaksud tidak membuat pelbagai spekulasi atau kenyataan tentang kes yang sedang berlaku. Justeru, amatlah tidak adil tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas berkaitan perkara yang sebegitu serius dilemparkan sewenang-wenangnya terhadap pihak-pihak tertentu…..bagi tujuan menjatuhkan reputasinya pada pandangan umum.
8. Dalam rencana ini saya amat bersetuju dengan pandangan dan berpendapat bahawa kes ini perlu mendedahkan kebenarannya, dan diselesaikan dengan seadil-adilnya, supaya agensi yang berkenaan terutamanya TAP tidak menjadi beban tuduhan liar dari pihak yang cuba mengkaburi keadaan terutama dalam mempengaruhi bagi simpanan tap . Namun begitu, jelas sekali ada pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan pengadilan yang sebenarnya bagi mengetahui yang mana salah dan benar. . Harapan saya agar pembaca-pembaca ruangan ini ini dapat membezakan antara apa yang benar, separuh benar, dan apa yang sebenarnya pembohongan dan penipuan yang nyata. Maklum sahajalah, ada orang yang cuba berkeinginan menjadi ANONYMOUS Brunei yang diadili di mahkamah pandangan umum.
9. Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini, bahawa, memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkant terhadap agensi-agensi kerajaan itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, diharapkan bagi pihak tertentu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Terima kasih.
By RAKYAT CEMAS on Oct 28, 2010
Terima kasih atas komen abiskita semua,terutama kepada mat jenin.Tujuan sebenar bukan lah untk menunding jari kepada TAP dan kepda individu yg disebutkan komen yg lalu..Ingin saya ulang kata2 ini.Jika RBA sudah mengakui kesalahan mereka knpa perlu bakas perkerja melantik peguam bagi tujuan pendakwaan dan mengheret RBA ke Makamah.Untuk makluman bahawa ahli labaga TAP yang di lantik adalah kalangan pegawai pengurusan RBA.Ini bukan tuduhan semata-mata ini ada perkara HAK yg dituntu yg telah dijanji sebelum memulakan perkerjaan dengan RBA.Diharapkan saudara mat jenin luang kan masa bertanya kepada TAP jika mereka jujur apa ada kah pada tahun 2008 bakas2 perkerja datang membuat aduan mengenai perkara yg di bangkitkan.Ahli lembaga pengarah TAP adalah dikalangan pagawai pengurusan RBA kenapa harus mereka biarkan perkara ini dibawa keMakamah. Semuanya tidak masuk akalb bukan.Apa kah ada didunia sekarang jika bersalah sendiri sue sendiri minta Makamah supaya mengadilkannya.ini kan kerja orang kurang siuman.Tahu kah saudara mat jenin berapa RBA membuat bayaran kepada 74 orang yg membawa kes tersebut ke makamah untk tuntutan pertama dan dengan feadahnya 6% setahun bagi setiap orang.B$800k+++.Saudara Mat jenin, bakas2 perkerja yg tidak mahu mendakwa RBA dan tidak mahu melantik peguam telah,telah pun membuat surat tuntutan kepada pegawai pengurusan dan membuat selinan kepda MENKOW kedua,pengrusi RBA/TAP dan CEOnya.Jawapan dari RBA melalui GM koprat nya yg di terima adalah dukacita kerana tempoh tuntukan sudah melebihi 6 tahun,menurut mereka ia melangar akta. tuntutan sudah not valid.Ani bukan tuduhan dari mulut ke mulut,sekali lagi mohon saudara mat jenin harus luang kan masa untk mencari berita tempatan borneo bulltn 29 may 2010 yg bebunyi “EX-workers win class action suit”. lagi pertanyaan kemana larinya TAP yg sepatutnya melindungi AHLI2nya kerana dari tahun 1993 bermulanya TAP diperkenalkan hingga lah perkerja bersara atu berhenti kerja RBA tidak melakukan ceruman 5% seperti yg diperintahkan,jika lah salah tuduhan ini dan RBA tidak melanggar peraturan TAP knapa dan mengapa bila didakwa RBA mahu membayar tuntutan kepada mereka yg mendawka,dimana lagi tempat untok meluahkan dan membuat aduan semua ini,kalau salinan surat sudah dihantar kpda yg disebutkan diatas.Bagi mewakili bakas perkerja RBA kami bukan berangan-angan semua ini adalah fakta bukan dari mulut ke mulut.Akhir kalam terima kasih saudar Mat Jenin atas nasihat dan komen.Tujuan sebenarnya komen adalah untk menyadarkan yg terlibat secara langsung dalam masaalah berbangkit khasnya kepada pegawai pengurusan RBA GM kopratnya jangan lah sengaja mencari alasan untk mengelakan pemulangan HAK yg diambil.Dalam Islam ada mengejarkan kita jika berhutang maka wajib dibayar sekiranya siputang telah meninggal dunia maka warisnya dipertanggung jawab utk melunaskan hutang2 itu tidak mengira berapa tahun lamanya ini bertepatan konsip Negara kitani.MIB dan Negara Zikir wassalam
By Kangaroo on Oct 29, 2010
Mohon maaf kepada Mat Jenin,tujuan ulasan ditujukan kpda RAKYAT CEMAS.kepada rakyat cemas secara jujur komen tentang peninayaan ini adalah benar-benar terjadi bukan cerita mulut ke mulut semuanya berlaku dan telah pun terjadi.sebelum rakyat cemas mepost kan komen carilah bakas-bakas perkerja RBA untk mencari pengasahaan atau berjumpa lah dengan peguam persendirian yg bermula dengan HURUF S, wassalam
By Kangaroo on Oct 29, 2010
Kangaroo..Jika benar pun tentu ada buktinya ,buat dan sebutlah nama salah seorang nama yang terinaya dan sebutkan juga nama peguam persendirian yang anda sebutkan yang bermula dengan huruh S ,tidak perlu takut namanya HYS sebagai seorang yang menjiwai dan benar-benar mendukung MIB ,saya rasa tidak jadi salah,supaya permasalahan dapat dirungkai satu persatu supaya anda tidak digelar ANONYMOUS Brunei,
Untuk keadilan dan mendukung MIB tidak perlu berselindung dalam memberi maklumat yang jelas supaya menjadi bahan siasatan dan rujukan supaya kes ini dapat diketahui oleh umum yang mahukan Negara ini sebagai Negara dikir,memberi maklumat yang kabur umpama ayam berkokok di dalam reban,mana mungkin menyedarkan orang yang sedang tidur lena….dan akhirnya anda akan jadi Anonymous yang suka bergurindam di dalam rimba….
By RAKYAT CEMAS on Oct 29, 2010
Terima kasih RAKYAT CEMAS atas nasihat yg kurang melihat kepada diri AWADA sendiri,RAKYAT CEMAS seperti berludah kelangit jatuh kemuka sendiri knpa saya (kangaroo) berkata begini adakah RAKYAT CEMAS ini adalah NAMA benar atau bukan nama semaran dan juga pengacau .Komen saya lalu bukan lah direka-reka semuanya ada 100% benar lagi betul.Dan juga terima kasih lah juga kepada RAKYAT CEMAS atas komen yg berlanjutan dapat lah saya menambah komen saya tentang perkara yg dibangkitkan.Ketahui lah kami bekas-bekas perkerja RBA yg tidak mahu berurusan dengan PEGUAM hanya mahu menuntut HAK kami supaya Pegawai Besar Pengurusan RBA akan mengembalikan duit potongan melelui ESB kami bagi penCERUMAN TAP 5% dan jangan lah sengaja memberi ALASAN tuntutan kami tidak dapat dilayani kerana LIMITATION OF ACT iaitu 6 tahun keatas.Seandai Pegawai Pengurusan mengatakan atau beralasan RBA tidak bersalah KENAPA seramai 74 orang pendakwa yg melantik peguam persendirian iaitu Syarikat Sandhu telah dibayar balik pada awal bulan 10,2010 yg lalu.Knpa pihak pengurusan RBA sengaja memberi alasan kepada kami yg tidak mahu berurusan dengan peguam bahawa kami tidak layak untk menuntut kerana sudah meninggalkan RBA 6 tahun keatas , bererti semua ceruman 5% dan selebih 5% daripada kami semua dan bukan lah dicerumkan oleh RBA,persoalannya dimana Tabung Amanah Perkerja yg sepatutnya melindungi AHLInya seperti yg dinayatakan di awal komen saya.RAKYAT CEMAS, mengapa komen ini di buat HYS kerana surat tuntutan dan Aduan telah dibuat kepada mereka yg sepatutnya bijak dalam melihat permasalahaan ini.SILAkan siasat insyallah saya yg mengunakkan nama kangaroo akan hadir dan bersedia untk memberi ketarangan bila2 masa dikehandaki untk menyenangkan RAKYAT CEMAS dan pihak berkuasa untk rujukan saya adalah seorang dari 79 orang yg menulis surat kepada PERESIDENT KANAN RBA dan telah pun direply oleh GM koprat Affairsnya.Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada RAKYAT CEMAS dan mohon maaf sekiranya ada ucapan kata2 yg menyinggung perasaan RAKYAT CEMAS juga diharap jang lah mengata orang sebelum melihat diri awada sendiri.wassalam
By Kangaroo on Oct 30, 2010
Iatah masalahnya ni.. banyak sekali dilemma. Yg kitani ketahui RBA ani beroperasi tanpa untung bah. Membayar gajipun payahpayahan, apatah lagi tambahan caruman 5% atu. Atupun masih jua ada kesanggupan membayar bonus sesetengah kakitangan. Kalau kan diikutkan, kalau kerajaan inda ‘bail out’, memang inda lagi wujud RBA ani. Inda manasabah badan koperat boleh kekal dengan keuntungan negatif. Bagi kediaku, syukur tah RBA ani masih kekal dapat employ aku daripada aku menganggur. Walaupun nada TAP dan nada bonus, gaji bulan-bulan tetap ada. Rancang dan save tah sendiri duit atu. Jangan marah. Rasanya ani adalah perkara hakiki. Hakikat sebenar.
By qalamali on Oct 31, 2010
1. kangaroo….Sebenarnya saya sudah pun melihat siapa diri saya justru tidak inginkan kemuskilan dan rasa cemas pada diri saya mahupun para pembaca yang lain maka saya berusaha mencari kebenarannya .Apanya si qalamali memang benar walaupun inda menyokong siapa-siapa tetapi pendapatnya adil… Sebelum saya memberi sedikit komen saya ingin bertanya dua soalan:
Apakah posting /rencana anda tidak dianggap menggangu siapa-siapa?.
Apa kena-mengena perumpamaan anda “seperti berludah ke langit jatuh kemuka sendiri dalam konteks ini?.
2. Menurut saya anda bukanlah pejuang menuntut hak sebenar ,selain hanya sekadar menyampirkan diri dengan hobi yang luar biasa bagi memasbokkan diri dalam menyampuri masalah ini sebagai “ bagi mewakili bekas pekerja RBA” yang hanya untuk bertujuan kepentingan diri sendiri, dan di rencana akhir anda ada menyentuh “kami bekas pekerja RBA”menampakkan kedua-dua ayat ini mempunyai sedikit kekeliruan yang menyebabkan saya kurang yakin dengan kebenaran rencana anda.Bagi saya anda adalah seorang yang bijak dalam memutarbelitkan keadaan dengan tidak menyentuh mengenai pertanyaan yang saya ajukan di dalam memberi maklumat dengan mendedahkan nama-nama yang di maksudkan bagi menyokong fakta untuk mencari kebenarannya.Penjelasan anda memang sudah difahami dan tidak perlu diulang-ulangi bagi mendapatkan kepastian yang dirasakan membuang masa bagi pembaca untuk menilai kebenarannya tanpa fakta yang nyata.
3. Mengenai perumpamaan saya “Ayam berkokok di dalam reban,mana mungkin dapat menyedarkan orang yang sedang tidur lena” dan” bergurindam dalam rimba “bermaksud jika memberi maklumat yang kurang jelas dengan faktanya dan orang ramai yang terus mengikuti perkembangan rencana ini serta orang yang dipersalahkan dan bertanggungjawab daalam kejadian tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan dan tidak akan diambil tahu…Ini menyebabkan anda hanya membuang masa dengan sia-sia tanpa ada kemanfaatannya.
4. Anda sewajarnya berfikir terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa persepsi. Ini dapat mengelak orang dari bersangka buruk dan bersedia mendengar penjelasan dan hujah dengan adil. . Jika gagal mengenali permasalahan maka tidak mustahil wujudnya tanggapan semua rencana itu harus dibantah dengan hujah yang keras.
5. Tanpa fakta yang jelas Orang tidak akan menerima kebenarannya , maka ia harus dan perlu dibantah. Namun, jika ingin menegakkan kebenarannya hendaklah dilakukan dengan cara yang terbaik. Bukan dengan kesombongan mahupun dengan meremehkan atau menghina hujah-hujah nesihat yang berbentuk ilmiah yang jelas dan konkrit dapat membantu menyinari kebenaran dan melenyapkan kejahilan.
6, Berdasarkan cara pendekatan yang berbeza dan yang terbaik perlu digunakan sesuai dengan keadaan rancana tersebut. Hikmah dari pengajaran dengan bantahan yang baik boleh menjana kebaikkan dan jika tidak Dengan itu, kegagalan mengkalsifikasi rencana menyebabkan anda menempah awal kegagalan di dalam memperjuangkan kebenaran.
7. Pro dan kontra adalah perlu bagi mengimbangi suasana dalam mengwujudkan wadah berguna untuk menjana minda lebih bersikap positif maka kewujudan pengkritik/kritikus seharusnya dilihat sebagai peluang (opportunity) bukannya sebagai musuh (enemy). Apabila anda mempunyai persepsi bahawa anda sentiasa benar dan pengkritik/kritikus seorang pesalah, inilah yang dinamakan bersikap “Aku betul, Kau salah“,yang menyebabkan permasalahan tidak mudah terungkai dan hikmat nasihat-menasihati dijadikannya sebagai medan pertempuran yang menghukum siapa yang sepatutnya bersalah atau tidak bersalah.
8. Persepsi seperti ini hanya akan menjamah akhlak kurang baik mana tidaknya apabila anda merasakan diri anda lebih mulia dan lebih baik berbanding orang lain, kesombongan akan menyebabkan orang memandang rendah yang sepatutnya diikuti dan dketahui perkembangan rancana anda . Sedangkan dalam usaha ini kita berusaha berdebat untuk mencari kebenaran .
9. Perkara ini barangkali atas sebab tidak yakin tentang apa yang cuba disampaikan . Sikap ini sebenarnya hanya akan menghakis kepercayaan orang walau pun mempunyai hujah yang meyakinkan tetapi hujah yang tidak bersertakan keyakinan diri tidak ubah seperti salesman yang menjual produk yang belum dicubanya. Persoalan yang mungkin timbul ialah sejauh mana kebenaran hujah tersebut jika anda sendiri ragu-ragu dalam menghuraikan fakta yang jelas ?
10. Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telahpun memberi panduan ringkas dalam memberi fatwa sepertimana dalam sabda baginda yakni:-
“Hendaklah kalian bersikap memudahkan dan jangan menyulitkan. Hendaklah kalian menyampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari, kerana sesungguhnya kalian diutus untuk memudahkan dan bukan untuk menyulitkan”.
11. Kelembutan tutur kata dan pemilihan perkataan yang sesuai mencerminkan keikhlasan dalam menyampaikan kebenaran, ini kerana kebenaran tidak wajar disampaikan dengan cara yang kasar dan paksaan.seperti di dalam rencana anda.
12. Setelah penjelasan tersebut, makanya anda dapat memahami dengan jelas bahawa tiada sebarang hujah lagi yang boleh dipergunakan untuk mempertahankan kredibiliti diri anda . Jika itu maseh terjadi maka akan banyak lagi persoalan-persoalan yang lain akan timbul makanya jangan sesekali berharap orang lain khususnya orang yang benar-benar berfikir dan benar-benar inginkan kebenaran dapat mempercayai apa yang diperkatakan oleh anda yang kononnya itu adalah kebenaran.Orang tidak akan terasa terpengaruh dengan mudah akan tetapi dapat menilai bahawa rencana anda yang penuh dengan keraguan bukannya kebenaran.
13. Untuk persoalan terakhirnya , adakah dunia ini kan selamat jika sikap anda yang selalu mendabik dada dengan membuat improvisasi, spekulasi dan konsepsi tanpa pendedahan fakta sebenar mendominasi kredibiliti umum. ……
Terimakaseh.
By RAKYAT CEMAS on Oct 31, 2010
hmmm, cukup jua sudah point2 c kangaroo atu, i mean, concrete atau pun kukuh sudah if he says ia urang rba and came up with all the details, apa lagi kan di argue oleh c rakyat cemas ani? rakyat cemas ani urang rba jua kah? i mean tau selok belok hal ehwal rba? hmmm, urang inda waras saja meludah ke atas. entah eh, peribahasa mau pun perumpaan karang ani out2 sudah. kenapa perlu ada konspirasi? dan heran ku jua kadang2 makin keluar dari tajuk, melarat tia arah lain. apa point mu kan rakyat cemas sampai 13 buting ani? what are you trying to outline here? salah channel kali? what if apa yg diluahkan disini banar bah? they way i see it, you are being too much. some points you outlined here are not relevant at all. you are not providing a solid solution to kangaroo. mun dibawa kkc kau ani gerenti kalah. stop being pessimist on views from others. you are not helping others. lastly, adakah dunia jua akan selamat jikalau anda bersikap acuh inda acuh, dan ego dengan pendirian dan tidak dapat menerima hakikat bahawa anda masih ada kekurangan?
By ketiak99 on Nov 1, 2010
Hey ketiak99,
I like your post on what you said to Rakyat Cemas.Has that negative kind of head.Negative thinking.I guess he is really cemas because he must be one of the guys in this scandalous issue.
To Rakyat Cemas,the Kangaroo is simply saying what he feels his right to claim. After all, that is not your money the company is stealing…So be it.Let him say what he feels right..Sometimes if you are boss, take one step back, let him thru this time.Take a deep breath in and out….You will not lose anything…Be it ok.ZIP YOUR MOUTH!Free your fingers pressing the keyboard…Just read if and when you don’t know anything about RBA.
By mayflower on Nov 1, 2010
Assalamualaikum R Cemas,”seperti berludah kelangit kna kemuka sendiri” dalm komen R Cemas berbunyi “saya rasa tidak jadi salah,supaya permasalahan dapat dirungkai satu persatu supaya anda tidak digelar ANONYMOUS Brunei,apakah R Cemas mengunakan nama sebenar dalam ruang ini, R cemas juga adalah ANONYMOUS itu lah sebabnya R Cemas berludah kelangit jatuhnya k muka sendiri.
Aku pun inda faham R cemas ani,awal2 lagi aku sudah katakana aku dan bekas2 Pkrja RBA menuntut HAK kami seperti mana 74 orang yg telah menerima balik duit yg telah dipotong melalui ESB untk ceruman TAP,aku mesih siuaman R Cemas inda kan mengada-adakan cerita buang masa saja.Baik supaya R cemas tidak akan cemas ini ada reply surat yg diterima dari RBA melalui GM Koprat affairs kpda kami yg sudah barsara mlebihi 6 tahun keatas yg berbunyi .
RE : Claim agains RBA sdn Bhd.We refer to your lettr dated 21 Sept 2010, We regret to inform you that your claim for recovery of the TAP deduction is time barred under the limitation Act which provides the limitation is 6 years from the date the last working date or the date ESB was paid.In View of the above, we are unable to entertain you claim. Thank you.Kemana caruman 5% yg sepatutnya dipertanggung jawab keatas MAJIKAN yg HARUS dipatuhi oleh semua MAJIKAN,sedangkan SEMUA Kementerian Kerajaan pun MEMATUHI dan membuat ceruman kepada semua kakitangannya dan knapa ESB kami perkerja RBA dipotong untk pembayaran TAP yg seHARUSnya tanggung jawab MAJIKAN dan sekiranya perkara ini tidak menyalahi,knapa tya bila didakwa dibawa ke MAKAMAH oleh 74 orang yg mahu melantik Peguam persendirian dan WIN dlm pendakwaan itu Pegawai Pengurusan RBA Mahu mengembalikan duit berserta feadah kepda mereka atas perintah MAKAMAH NEGARA.Sekali lagi Ke mana TAP,ini bukan tuduhan liar,apa kah aku dan bekas2 perkerja yg bersara melebihi 6 tahun tidak berHAK menuntut agar duit yg dipotong dikembelikan kapada kami.Aku tidak merasa aku lebih mulia daripda orang lain tidak pernah berkata sedimikian sebab itu lah perkataan mohon maaf selalu ku diucapkan di akhir komen ku.Komen R Cemas yg ke 12 di sini RAKYAT CEMAS cuba mempengeruhi orang lain agar tidak mempercayai KOMEN dan hujah2 ku semua inda benar knpa R cemas inda membaca dengan HATI dan PERASAAN apakah semua hujah/komen yg ku buat ani inda benar, Tarikh surat yg dihantar kpda yg berkanaan sudah diberikan,perintah MAKAMAH NAGARA kpda RBA yg di siarkan dlm Borneo Bulletin juga diinformasikan dan Nama Peguam HURUF S pun sudah dijelaskan apa lagi RAKYAT CEMAS mahu semua KOMEN dan HUJAH ku adalah BENAR2 semuanya aku pertaruhkan NYAWA ku seandainya semua bohong lebih baik aku lanyap dari muka bumi ini.BUKAN mencari simpati semua ini adalah supaya RBA mengembalikan HAK yg sepatutnya kami terima.Kan bertanya sedikit kpda R Cemas knap R cemas seolah2 berpihak kpda mereka yg ku KOMEN maaf adakah R Cemas……..? takut bila Perkara ani TARBONGKAR ,mudah2an ALLAH mendatang orang yg perhatin dan membawa perkara ini untk menyamapaikn kpda pengetahuan RAJA kitai yg sengat2 pengesih kpd Rakyatnya dan selalu bertitah supaya tidak ada RAKYAAT BEGINDA diperdayakan dan diinaya. SEKALI lagi kemana lag iAKU /kami HARUS mengadu jika surat kami sudah kami salinkan kpda MKII,Pengrusi RBA/TAP dan CEO RBA.
Akhir kalam mohon maaf jika aku tersasar bahasa dan tercuai kata tidak lain AWAL2 tujuan hanya minta semua HAK dikembalikan kepada yg berHAK menerima ini bukan masaalah HUTANG ini adalah menuntut HAK yg diambil.Semua yang dituntut ada JANJI Syarikat Penerbangan DiRaja Brunei Melalui Pegawai Pengurusan tertingginya .wassalam
By Kangaroo on Nov 1, 2010
Kangaroo,ketiak99 dan mayflower..
Orang yang hipokrit ini kita lihat tidak akan pernah konsisten percakapan dan perbuatannya. Orang bilang “cakap nda serupa bikin”. gitu lah seorang yang hipokrit ni boleh jadi “pelakon terbaik” dan boleh dikira membolot anugerah skrin atau bintang popular sebagai actor/actress terbaik disebabkan oleh sikapnya itu. Becakap macam dia lah baik dan kalah malaikat…tapi sebenarnya dia lah bapa segala kejahatan dan kedurjanaan. Orang begini becakap pasal orang nda betul dia lah #1 sedangkan dirinya sendiri pun sebenarnya nda la sesempurna mana. Orang2 sebegini sebaiknya dihndari kerana tidak mustahil satu hari nanti kita juga akan diumpat keji bila mana berlaku sesuatu yang tidak “ngam” dengan kehendaknya. Maklumlah, orang begini akan sentiasa berubah-ubah sikap mengikut kepentingan dan keutamaan dirinya.
By ANTI HIPOKRIT. on Nov 5, 2010
Canitah saja nah. Baik tah RBA berterus terang saja daripada berdolakdalik. Gitautah inda tebayar duit atu. Gitau tah biskita inda ada keuntungan, hanya kerugian saja dialami. Duit keluar jauh melebehi duit masuk. Duit kerajaan untuk bail-out atu adalah hanya duganakan (atupun inda cukup) untuk meneruskan operasi masakini untuk menghindari RBA daripada tutup, linkgup dan golong tikar. Gitautah inda mampu bayar caruman 5% dan jua inda mampu bayar bonos. Semua kakitangan mesti kana jangan ada pilih-pilih lagi. Minta ma’af tah saja arah bisdia yang kita berhutang atu. Minta do’akan semoga ekonomi RBA pulih dan dapat membayar balik duit-duit bisdia. Amiin.
By qalamali on Nov 6, 2010
Qalamali,
You are right what you said. Admit the downfall.Admit cannot profit. Admit cannot pay to whom they have cheated.Don’t give lame excuse to those retirees.God is great.Cheating and stealing is no good for business.Personal interest number one and others number two behind. No good.But cannot say sorry only,must pay also qalamali.Ex staff also got hutang to pay.Never mind little they get, can cover also the hutang.If can buy or lease many 777, mean can also pay bah.I undestand doa orang yang terinaya ani also makbul you know. Doa lah yang baik baik ok. Doa RBA payback what they took from unwilling X RBA….Doa baik baik saja Amin..
By mayflower on Nov 6, 2010
Sebenarnya menurut ku RBA ani adalah kepunyaan/milik Kerajaan KDYMM sepenuhnya. Pun inda lama udah tiada trbang diUDARA hanya PARKING diDARATAN.Aku pernah mendengar ucapan dari pegawai kanan kerajaan yg waktu atu dituggaskan diRBA. Katanya Pihak Pengurusan RBA ( FINANCE) membuat laporan kewangan dengan “ NUMBER LAUNDERING” cakap untung tapi hakikatnya RUGI.Contoh B767 dulunya milik RBA ( NAGARA ) tapi kerana tiada ada cash ditangan maka diJUAL kemudian disewa balik,bila mahu dikembalikan yg ampunya kapal mahu agar dikembalikan seperti biasa berapa costnya pengubah suaian ,DUIT LAGI.Sekarang enjin kapal mahu diservice/overhaul brpa cost 1 enjin (JUTAAN MUNGKIN ).Macam mana kan bayar BONUS.Brpa Gaji Deputy Pengrusi yg baru dan apa yg akan dibuat oleh CEOnya.Sekarang berbalik kepada komen awal perihal TAP/CERUMAN. Ingin aku bertanya kpda RBA bahagian KOPRAT AFFAIR terutama GM nya.
1.Mengapa bekas2 perkerja yg ditolak tuntutan diarahkan supaya berjumpa dengan PEGUAM dengan berkata “ Jumpa S”,apa urusannya dengan RBA atau potongan ESB kami , apakah beliau Peguam dilantik oleh RBA supaya RBA didakwa lagi?
2.Mengapa membiarkan RBA didakwa sampai ke MAKAMAH dan Apakah pihak pegawai Pengurusan RBA tahu milik siapa kah RBA ini ( MILIK NAGARA BRUNEI).Mungkin sengaja kah supaya penerbangan DIRAJA BRUNEI diDAKWA atau sengaja memberi pengajaran kepada yg ampunya.Bangunlah dan jadikanlah PRINSIP NAGARA (MIB DAN ZIKIR )penduan bila membuat keputusan.Cari lah jalan yg terbaik untk menyalasaikan masaalah.Pengakhir kata sekali lagi pulangkan lah HAK kami supaya dalam hati kami yang tertipu/terinaya ini tidak akan berkata (DOA) yg …………… kami juga mahu dan ingin RBA sentiasa terbang di awan dengan kejayaan bukan terbang dengan kerugian.Maaf kepada yg tersebut dan disebut wassalam.
By Kangaroo on Nov 6, 2010