Kanak2 Di Masjid Sengkurong

November 9, 2010 – 8:09 am

Assalamualaikum Pembaca yang berugama Islam,

Aku ani kan membangkitkan pasal kanak2 membuat bising waktu sembahyang Jumaat khususnya di Masjid Sengkurong. Membawa kanak2 ke masjid sembahyang berjamaah ani memang baik tapi minta tolong dari perindungan yang membawa anak2 biskita atu, jaga2 tah anak2 biskita atu, jangan biarkan bisdia atu berkumpul dengan kawan2 dorang dalam masjid atu. Kejadiannya bukan pulang dorang khusuk mendangar khutbah Jumaat malahan masa khatib berkhutbah, bisdia pun berkhutbah jua. Bukan lagi damit suara bisdia atu, terais-terais ani bah sampai payah kan mendangar suara khatib. Cuba tah deh, ingat kan jamaah lain di masjid atu, kami datang kemasjid atu untuk mendangar khutbah Jumaat dari khatib, bukan kan mendangar “khutbah” yang inda betantu dari anak2 biskita atu.

Pernah beberapa kali sudah diannounce di masjid atu supaya ibu bapa menjaga anak2 bisdia, jangan dibiarkan berkeliaran sampai membuat bising di masjid, tapi masih jua sesetengah perindungan ani yang inda ambil peduli. Semua tani sudah tau tani perlu diam dan mendangar khutbah atu since dua khutbah atu menggantikan 2 rakaat sembahyang fardhu Zohor, ani mendangar khutbah yang lain pulang. Indada lagi kanak2 atu takutkan teguran orang tua, daring banar udah. Hopefully dengan posting ani, perindungan yang membiarkan anak2 bisdia berkeliaran atu akan mengambil maklum, kawal tah anak2 biskita atu dan jangan rosakkan sembahyang orang lain. Wasaalam.

This post was submitted by Ali.

You must be logged in to post a comment.