March 22, 2011 – 5:28 pm by pgzaman

Loading ...
Melalui Brudirect ini, pihak kami, iaitu pengurus perlumbaan Gokart dari Negara Brunei Darussalam, ingin memberi setinggi tinggi ucapan terima kasih & penghargaan kepada,
Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, dalam bersama-sama menjayakan dengan memberikan sokongan dan anjuran dalam perlawanan Gokart di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 20hb Mac 2011, ini.
Sebagai "Sponsor", Kingston Beverages & Creamery.
Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas Polis Diraja Brunei serta Pegawai-Pegawai Polis, Berakas, Diraja Brunei, dalam membantu menjaga kesejahteraan tetamu kehormat yang hadir, pelumba-pelumba, pengurus, penonton-penonton serta segala yang berkenaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam, dalam membantu menjaga keselamatan tetamu kehormat yang hadir, pelumba-pelumba, pengurus, penonton-penonton serta segala yang berkenaan.
Menteri Kementerian Kesihatan, Pegawai-Peagwai Paramedik Hospital Ripas kerana telah bersedia untuk membantu jika kemalangan terjadi.
Jabatan Kerja Raya, Pengarah Jabatan Jalan Raya, dalam memberi kebenaran untuk menutup dan mengunakan sesetengah jalan bagi perlumbaan Gokart.
Jabatan Pengangkutan Darat, dalam memberi kerjasama ......
Posted in English Postings, Malay Postings | No Comments »