Perihal kami Guru Relief

May 19, 2011 – 8:38 am

Perihal kami Guru Relief

Hendak berkata-kata mahupun berdiam diri, tiada setimpal, diri hanyalah umpama seekor semut, dipijak mati.

Lebih setahun sudah kami berkhidmat sebagai GURU RELIEF, namun tiada perubahan, tiada perkembangan, tiada diperdulikan dan tiada yang ingaukan kami siapa. Lebih setahun bekerja umpama guru yang bergaji hari dan bulan. Namun siapalah diri kami hendak berkata-kata, menerima seperti yang diarahkan, semata-mata mendapat ganjaran yang setimpal seperti yang diharap-harapkan, namun setakat ini pihak berkenaan hanya menutup mata memekakkan telinga sahaja, tiada hati mereka ingin tahu mengenai perihal orang bawahan mereka, tiada kepintaran mereka. Semoga hidup kamu dirahmati wahai orang atasan kerana menutup pintu rezeki kami.

Sudah setahun lebih, guru relief tetap si guru relief, kerja seperti bergaji hari bergaji bulan, bekerja dihari jumaat dan ahad, pagi membawa ke petang hingga ke malam, membawa pelajar, tetapi hakikatnya, ganjaran kami tidak setimpal.

Merayulah kami si Melayu mengenai keadaan kami ini, sampai bila keadaan kami begini, sedang rakan, teman sudah jauh meninggalkan kami, sedangkan kami hendak membeli minyak kereta pun meminta pada indung, tengah hari tidak bemakan, aktiviti sekolah di petang hari biar belapar.

Mengapa kami dibiarkan begini dengan alasan yang tetap sama. Sampai bila? Sampai bila?. Tiada nampak usaha kamu untuk mengambil peduli akan perihal kami, tiada nampak kamu bekerja. Sampai bila? Sampai bila? Sampai bila kami begini?

Apa halnya kami dibiarkan hidup sebegini? sedang orang lain dibuka laluan mereka, sedang kami ditutup pintu rezeki kami.

This post was submitted by Guru Relief.

  1. 4 Responses to “Perihal kami Guru Relief”

  2. Guru Relief,
    pernah udah kita hadapkn ke kementerian pendidikan kah hal biskita ane? suarakan hati biskita ke pengetua sekolah pun nda guna kalau tiada tindakan diambil,baik menghadap nazir ataupun pengarah di pendidikan,insya Allh durg pasti ada jawapan pda soalan2 biskita atu. walau mcm mna sekalipun,kalau kita ada / pernah membaca syarat2 utk menjadi guru relief atu secara detail,insya Allah biskita akn fhm knpa mcm atu,samapai bila mcm atu..

    By Selahautiapakahnakane on May 19, 2011

  3. Terima kasih Selahautiapakahnakane, seperti biasa perkara ini bukan perkara yang baru, ianya sudah berlaku sejak empat ke lima tahun kebelakangan ini dan sentiasa ada individu atau kumpulan yang menjadi mangsa dan setentunya pihak berkenaan “peka” serta “ambil tahu” mengenai permasalahan ini. Sudah disuarakan mengenai permasalahan ini secara verbal mahupun tulisan di media-media massa. Namun, jawapan yang diterima adalah indah khabar dari rupa, lidah bersalut madu dan dipenghujungnya tiada jalan penyelasaiannya.

    Betul, kami ada membaca syarat/tawaran untuk menjadikan kami seorang guru relief, tetapi tugas yang diberikan kepada kami bukan tugas seorang guru relief sebaliknya tugas seorang pegawai pelajaran yang bergaji hari/ bulan. Dan, kami sebagai guru relief dapat menyempurnakan tugas-tugas tersebut. Selain itu, pihak sekolah sendiri mengatakan mereka kekurangan guru dan kekosongan sentiasa ada. Apa salahnya sekiranya guru relief tersebut diambil saja terus secara bergaji hari/bulan?. Bayangkan sehinggakan setahun dua tahun memegang jawatan guru relief, seolah-olah ada pihak yang lepas tangan. Apa perlunya mengekalkan guru relief bertahun-tahun sedangkan jelas dimata memang ada kekosongan yang memerlukan guru. Sekiranya pihak Kementerian Pendidikan menutup sudah pengambilan guru bergaji hari/ bulan, tidak perlulah kami terhegeh-hegeh menitikkan peluh keringat kami mendidik anak bangsa tanpa mendapat ganjaran setimpal, setentunya sehingga di sini saja perjuangan kami sejak dari Tingkatan Enam dan Universiti Brunei Darussalam. Kerana apa?, negara tidak memerlukan guru lagi, dan bakal graduan yang masih dalam pengajian mereka untuk menjadi guru di Universiti Brunei Darussalam setentunya hanya membuang masa, kerana memang tidak ada lagi jawatan guru yang sebenar-benarnya.
    “sampai bila mcm atu..”

    By Guru Relief on Jun 3, 2011

  4. Fikir apa tadi. Fikir soal mati dan hidup.
    Haha

    Mahu duit lebih.

    Kalau mahu kerja tetap pindah ke Belait banyak jawatan kosong tu.

    Wahai MOE Pihak berkenaan processkan tia haha.

    By solomon1 on Jun 4, 2011

  5. solomon1: awu soal hidup dan mati plng ne, mana jua, bkaja separuh mati, nda dibuat mati, dibuat pun mati jua..cuba tah kita renung-renungkan..hehehe

    di Belait pun sama jua cetanya, mun ganya status guru relief, kana hantar ke belait..sadang-sadang jua drng atu nda bpikir rasional..membunuh tu namanya…hehehe

    By Guru Relief on Jun 8, 2011

You must be logged in to post a comment.