Minta Tolong

December 29, 2011 – 8:24 am

Salam. Aku mempunyai perniagan kecil-kecilan, dan sudah maju sejak 3 tahun yang lepas. Baru-baru ni ada orang yang membuka perniagaan yang sama macam aku. Niaga mereka pada awalnya tidak maju, beliau dengki melihat perniagaan ku yang maju sebab barang-barang yang dijualnya hampir sama.

 

Setelah 5 bulan, perniagaan ku kini hampir kosong tiap-tiap hari. Yang hairan perniagaan jiran ku pulang maju sekali. Tiada hasad dengki dari ku tapi, ku rasa aku sedang dianiya dengan dipakai ilmu yang dibuat-buat oleh jiran ku.

 

Sewa ku tetap jalan walaupun perniagaan ku kosong. Aku tidak mahu mengenakan sesiapa, tapi mahu minta tolong kepada orang yang pandai berubat untuk bersihkan balik kedai ku.

 

Itulah tujuan ku disini, nak minta tolong orang ramai yang siapa-siapa kenal orang yang pandai berubat untuk kasihani aku dalam situasi yang sungguh mendadak ini dan tolong lah saya untuk perkenalkan orang berubat yang boleh membantu aku. Tolong balas arah e-mel :- john21173@yahoo.com

 

Semoga Allah merahmati kita!

This post was submitted by mahsuribsb.

  1. One Response to “Minta Tolong”

  2. Jauhkan diri dari buruk sangka.
    Baik dan buruk atu semuanya datang dari Allah jua. Maka memohonlah kepadaNya: kebaikan dan
    minta jauhkan daripada apa jua jenis keburukan. Ingatlah kitani mempunyai hubungan langsung dengan Allah yang senantiasa melihat dan mendengar. Inda payahtah kitani berperantaraan untuk berbicara denganNya. Jangantah bebomoh-bomoh atau beustaz-ustaz. Atu hanyalah satu da’ayah iblis untuk menyesatkan kitani supaya kitani lebih mempecayai kebolehan bomoh-bomoh atau ustazustazan melebehi kekuasaan Allah. Prasangka atu adalah mainan syaitan yang ingin melihat umat manusia bermusuhan. Barangkali biskita ani sedang menghidap salahsatu masalah kemurungan yang dipanggil “PARANOIA”. InsyaAllah, ada rawatanya di Unit Kesihatan Jiwa. Aku sendiri pernah menghidap masalah ani. Alhamdulillah sesudah menjalani rawatan, aku pulih.
    Barutah aku sadar bahawa jiran yg ku benci selama atu inda tau apa-apa tentang yg aku prasangkakan terhadap bisdia. Aku mohon supaya Allah mendatangkan rahmat dan manfa’at atas nasihatku ani, amiin.

    By tarantalus on Jan 1, 2012

You must be logged in to post a comment.