Archive for February 1st, 2012


February 1, 2012 – 9:34 am by progoodfamily
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamualaikum. Saya selaku rakyat KDYMM, ingin juga menyuarakan hak kami sebagai seorang yang bekerja di bawah kerajaan Brunei. Masalahnya saya ingin menyuarakan saja, dulu kami semua ni ada diberikan elaun namun tidaklah saya berapa ingat mengenai jumlah elaun tersebut, mungkin dalam beratusan..Namun tidak semana-mana dalam tahun 90an diberhentikan oleh pegawai kewangan kami sendiri, persoalannya ialah apa haknya untuk menahan elaun-elaun tersebut.   Diberhentikan tanpa alas an, adakah beliau memakan duit tersebut? Kalau pasal pengesahan terbuat orang payah mereka kan proses, namun apabila keluarga mereka senang sahaja. Sehingga ke hari ni elaun tersebut masih belum ada. Adakah itu adil? ...
February 1, 2012 – 9:26 am by neverno
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamualaikum, aku ni mahu komplen mengenai padang futsal di Padang Kebajikan. Pada 27 january 2012 yang lepas, aku dan family dan saudara-mara ku mahu main di sana, memang kami sudah ‘booked’ tempat tu, tapi sudah sampai kat sana, ada pekerja di sana bertanyakan urusan kami, kami bagitau mahu main futsal. Sekali katanya ”wang, inda kau meliat kah tanda di dapan atu?” .. "lain kali liat dulu tanda-tanda atu sebelum masuk".. Rupanya ada tanda memberitahu padang futsal tidak dapat digunakan dari 24 Januari pada pagar tersebut, pasal pagarnya sedang diperbaiki. Lain kali buat tanda tu sebesar-besar pagar agar biar orang nampak!   Yang menjadi persoalan kami, kenapa pihak-pihak yang bekerja di sana tidak memberitahu kami dari awal lagi sedangkan nombor telefon sudah kami bagi. Kalau menelefon dari pejabat tu pun bukanlah susah sangat. Sudah kami sampai sana baru tah kan membagitau.   Kalau aku seorang saja yang memakai padang futsal okay lah, ni membawa keluarga. ......
February 1, 2012 – 9:16 am by anduki
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (5 votes, average: 4.8 out of 5)
Loading ... Loading ...


‘Bank’ ini telah berulang-ulangkali kononnya diberi sijil atau ditaraf sebagai bank yang unggul. Kalau hendak berusan seperti bank-in pun, kena tunggu kira-kira satu jam baru  sampai giliran. Kebelangkan ini, aku pergi berurusan di Maybank limbang, bandar yg kecil, tapi banknya penuh orang. Namun selapas mengambil nombor, masa menunggunya hanya 5-10 min sahaja. Banyak kaunter dan pekerja-pekerjanya sangat cekap dan cepat mengendali urusan harian perbankan untuk pelanggan-pelanggan di bank tersebut. Sepatutnya bank-bank kitani, mengambil Maybank sebagai contoh dan ikuti cara-cara yang efektif dan pantas untuk melakukan perbankan yang benar-benar profesional atau dikatakan jauh lebih profesional! Kerap sekali ku ke ‘Bank’ ni, yang paling melambatkan giliran adalah syarikat-syarikat yang melakukan beberapa urusan sekali. Sepatutnya pelanggan yang urusan syarikat dan western union harus diadakan kaunter-kaunter yang khas. Untuk urusan syarikat biasanya banyak wang, cek & sebagainya, jadi lebih selamat untuk mereka berurusan di kaunter yang khusus. Bukan saja itu, pelanggan prestige juga patut di berurusan di ......