Padang Futsal Di Kebajikan

February 1, 2012 – 9:26 am

Assalamualaikum, aku ni mahu komplen mengenai padang futsal di Padang Kebajikan. Pada 27 january 2012 yang lepas, aku dan family dan saudara-mara ku mahu main di sana, memang kami sudah ‘booked’ tempat tu, tapi sudah sampai kat sana, ada pekerja di sana bertanyakan urusan kami, kami bagitau mahu main futsal. Sekali katanya ”wang, inda kau meliat kah tanda di dapan atu?” .. “lain kali liat dulu tanda-tanda atu sebelum masuk”.. Rupanya ada tanda memberitahu padang futsal tidak dapat digunakan dari 24 Januari pada pagar tersebut, pasal pagarnya sedang diperbaiki. Lain kali buat tanda tu sebesar-besar pagar agar biar orang nampak!

 

Yang menjadi persoalan kami, kenapa pihak-pihak yang bekerja di sana tidak memberitahu kami dari awal lagi sedangkan nombor telefon sudah kami bagi. Kalau menelefon dari pejabat tu pun bukanlah susah sangat. Sudah kami sampai sana baru tah kan membagitau.

 

Kalau aku seorang saja yang memakai padang futsal okay lah, ni membawa keluarga. Tidak memikirkankah orang yang datang dari jauh macam dari kb kah, kami tahu padang tu free tapi cuba fikirkan masa orang ke sana, minyak kereta lagi. Bukan marah tapi tidak puas hati saja. Cuba abiskita kana buat cemani, gerenti marah kan.

This post was submitted by neverno.

You must be logged in to post a comment.