Lagi Lagi Masalah Elaun
April 5, 2012 – 10:20 amKenapa Jabatan Pengajian Islam belum mengeluarkan elaun kami? Kami masih menunggu elaun dari awal bulan hingga ke hari ini masih belum ada… adakah elaun kami ditambah atau bahagian atasan mempunyai masalah kewangan? kami benar2 mengharapkan elaun kami di keluarkan secepat mungkin… Dan 1 lagi, kenapa elaun kami dianggarkan hanya $1.50 sehari? sedangkan perbelanjaan harian kami lebih dari itu.. adakah jumlah itu dianggarkan untuk membeli minyak kereta? saya rasa tidak mencukupi, jika mengikut peredaran masa, harga minyak petrol mahal pada ketika ini dibandingkan dengan harga minyak disel.. tidak semua orang menggunakan kereta disel, malah ada beberapa kereta yang mempunyai tangki besar..jika minyak diisi $10, ianya hanya utk 3 hari sahaja (khususnya bagi orang yang tinggal jauh dari kawasan sekolah), bermakna dalam 1 bulan, lebih dari $45 utk membeli minyak kereta.. jadi saya rasa $45 sebulan tidak mencukupi, saya harap pihak berkenaan akan mempertikaikan masalah ini..
This post was submitted by Haha168.

2 Responses to “Lagi Lagi Masalah Elaun”
Masalah elaun. Mengapa pihak Jabatan PI masih lagi belum memberi elaun penuntut kepada semua penuntut yang di bawah tanggungjawab mereka. Amat dikesali perkara ini berlanjutan dari beberapa tahun lepas di mana kami sebagai pelajar terpaksa menunggu bukannya sebulan tetapi berbulan bulan untuk elaun kami di keluar oleh pihak berkenaan. Contohnya tahun 2012 ni sudah masuk 5 bulan kami masih belum menerima elaun penuntut kami. Mengapakah Jabatan tidak dapat memberi elaun kami pada tiap-tiap hujung bulan? Kalau pada tahun 70 an elaun pelajar dapat diberi pada tiap-tiap bulan jadi mengapakah pada tahun yang serba canggih ini kami tidak dapat menerima elaun kami pada tiap-tiap bulan? Perkara ini menimbulkan banyak masalah kerana bukan semua kami pelajar tergolong dari orang yang berada.Kami memerlukan elaun tersebut supaya kami dapat meneruskan pengajian kami dengan lebih sempurna dan lancar. Saya juga berharap agar Pihak mengkaji semula elaun $45 sebulan yang diberikan kepada penuntut menengah dan pre universiti di Brunei. Saya berharap pihak Jabatan prihatin dan dapat menyelesaikan permasalahan yang kami hadapi di atas.
Penuntut Tingkatan 6
By hasmah on Apr 28, 2012
hamba hairan kenapa kerajaan Brunei memberikan elaun pada mulanya? di negeri orang tidak pula kita mendengar mereka ‘membayar’ penuntut untuk belajar… maaf, komen peramba inda kena-mengena dengan post biskita… terima kasih…
By PenganggurMuda on May 8, 2012