November 14, 2012 – 9:06 am by Rakyat Pemedulian

Loading ...
Assalamualaikum,
Saya ingin menyampaikan rasa ketidak puasan hati dengan beberapa perkara yang terdapat di Negara Brunei Darussalam ani,
1. Mengenai bantuan untuk para Janda (kurang pasti nama Jabatan atau Badan yang menjalankan bantuan ani tetapi ia memang di bawah Jabatan Kerajaan).
Apa yang saya kurang setuju dengan bantuan ini ialah, bantuan ini seolah-olah diambil kesempatan oleh mereka yang menerima bantuan tersebut, maksudnya sebahagian mereka yang menerima bantuan menjadi malas untuk mencari pekerjaan atau malas untuk berusaha mencari sumber rezeki yang lain, dan hanya mengharap bantuan ini semata-mata. Bahkan ada sebahagian mereka menggunakan peluang ini iaitu masa yang terluang atau wang bantuan yang diberikan digunakan untuk hal-hal yang tidak elok iaitu seperti melepak dan membelanjakan wang tersebut dengan membeli arak / dadah (benda yang mengkhayalkan). Ini sangat mengecewakan saya, sebab bantuan tersebut bukan sahaja membantu mereka tetapi ia seakan-akan bukan lagi berbentuk bantuan tetapi berbentuk kesenangan. Saya kurang pasti bagaimana mereka layak untuk mendapat bantuan ini dan juga sejauh mana jangka waktu bantuan ini diberikan. Saya berharap pihak berkenaan akan lebih peka mengenai hal ini iaitu samada menukar syarat bantuan atau menjalankan siasatan terhadap mereka yang dibantu dari masa ke semasa.
Apa yang saya ketahui juga, sebahagian pegawai dari jabatan berkenaan (yang ditugaskan untuk menyiasat pemohon bantuan, iaitu sebelum mereka menerima bantuan) telah tidak amanah iaitu mereka telah menggunakan kuasa pada tugas mereka untuk mengambil kesempatan terhadap para pemohon (yang kebanyakkan pemohon adalah perempuan - janda, dan sebahagian pegawai pula adalah lelaki), yang dimaksudkan dengan pegawai menggunakan kuasa ialah mereka membantu meluluskan pemohon untuk mendapat bantuan kerana pegawai berkenaan ingin mengambil kesempatan terhadap pemohon.
Dengan ini saya sangat berharap pihak yang berkenaan akan lebih peka mengenai hal ini.
2. Mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan rakyat Brunei ketika ini. Sejak pinjaman peribadi dari pihak bank direndahkan yang telah dikuatkuasakan ......
|
|
...
Posted in Malay Postings | 1 Comment »