Denda Kad Pengenalan

December 25, 2012 – 6:54 am

Assalamu’alaikum.
Saya ingin mengemukan rasa ketidak puasan hati saya mengenai denda yang telah dikenakan kepada pembantu rumah atau amah saya kerana tidak membaharui kad pengenalan (pas imigeresen) semasa dia membaharui paspotnya. Amah saya membaharui kad pengenalannya pada tarikh mansuh kad pengenalan tersebut (19.12.2012). Dia dikenakan denda sebanyak $20 kerana tidak membaharui kad pengenalannya pada tarikh paspotnya dibaharui (February 2012). Jika sekiranya ada peraturan atau undang-undang mengenai perkara ini, kenapakah tarikh mansuh kad pengenalannya tidak diselaraskan atau disamakan dengan tarikh mansuh paspot? Jika sekiranya peraturan atau undang-undang berkenaan baru berkuatkuasa, kenapa tiada makluman kepada pemegang-pemegang kad pengenalan yang terlibat seperti amah saya atau jika ini tidak mungkin dapat dilakukan, kenapa tidak dikecualikan pemegang-pemegang kad pengenalan tersebut.

Saya merasa tidak adil amah saya dikenakan denda tersebut. Walaupun jumlah denda tersebut tidak membebankan tapi saya rasa tidak adil dan ada unsur-unsur penipuan. Jika dikumpulkan, mungkin memberikan hasil kutipan yang banyak kepada Kerajaan. Adakah hasil ini halal jika ada unsur-unsur penipuan?

Saya harap pihak-phak berkenaan seperti Jabatan Imigeresen dapat memberikan penjelasan.

This post was submitted by hysara.

  1. One Response to “Denda Kad Pengenalan”

  2. inda logik tu, alum lagi tarikh mansuh. baik tah suruh baranti ketua jabatan atu.

    By gambur on Jan 12, 2013

You must be logged in to post a comment.