Author Archive


July 14, 2011 – 9:46 am by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...


Tahniah atas penganjuran BRIDEX... 1. Bepanas pebaik meliyat jet2 pejuang kuai lintas beterabangan memanjut dengan bunyi memius dan lagak ngeri tunggang tebalik, inda mengapa, sekali sekala bepanas. Ganya kan halnya semasa Jumaat 08 Julai 2011 atu, banyak orang menunggu di tepi pantai atu kan meliyat aksi hebat pasukan bersenjata mempamerkan kemahiran dalam operasi menyelamat, nampaknya inda kesampaian...apabila ianya tidak diperlihatkan. Inda apalah...tahun dapan lagi, insya Allah...kalau umur panjang dan BRIDEX diadakan lagi... 2. Nada kan dikomplen yang banarnya, semua ok..pada pengamatan ku lah... Siok jua mengambil peluang begambar sambil memegang senapang atau pistol, yg inda dapat dirasa selama ani...pasal diri ani bukannya askar atau pulis atau pasukan bersenjata yg lain. 3. ALA KULLI HAL...tahniah kpd penganjur...! ...
September 29, 2010 – 8:46 am by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (5 votes, average: 4.8 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman. Ingin mereply post mengenai Sijil Halal yang sebelum ini. 1. Memang betul fakta di Brunei bhw terdapat lebih kurang 1,000 lebih restoran, tetapi yg mengambil borang memohon Sijil Halal hanyalah 100 lebih. Tapi sekarang restoran yg diiktiraf halal baru setakat 10 buah... Fakta ini adalah dari ucapan mantan YB Timbalan Menteri HEU, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awg Hj Badaruddin semasa majlis menggantung Sijil Halal di RBC Airport Restaurant. 2. Mengapa pengusaha restoran inda mau memohon pengiktirafan halal ke atas restoran mereka ? Ia memang suatu misteri yg perlu dirungkai, padahal KHEU telah mengadakan beberapa siri jerayawara memperkenalkan Sijil Halal keluaran MUIB ani di keempat2 daerah dan selanjutnya menerangkan MANFAAT2 HALAL dalam restoran mereka, samada berbentuk keuntungan perniagaan yang boleh didapat, melalui bukti2 di luar negara, mahupun melalui pahala yg didapat (utk pemilik berugama Islam). 3. Borang permohonan Sijil Halal adalah FREE OF CHARGE. Nada bayaran. Semua pemilik restoran, Islam atau bukan Islam BOLEH MEMOHON. Selepas pengauditan oleh juru audit yg terdiri dari pelbagai agensi Kerajaan termasuk KHEU, Pertanian, Kesihatan, Bandaran, Pejabat Daerah dll dan kemudian sokongan oleh sebuah Jawatankuasa khas mengenainya dalam Majlis Ugama Islam dan setelah DILULUSKAN oleh Majlis Ugama Islam, barulah restoran ani dikenakan bayaran yang SUNGGUH MURAH iaitu $30.00 (TIGA PULUH RINGGIT sahaja) untuk jangka masa SETAHUN. Maka Sijil Halal adalah untuk jangkamasa setahun, setelah itu ia akan diperbaharui lagi (tertakluk kepada hasrat pemilik restoran, samada ingin membuat pembaharuan atau tidak). Mengapa pihak pemilik restoran pada masa ini MASIH ENGGAN MEMOHON ? Satu misteri yang memerlukan kajian.. 4. Label Halal MUIB akan diberikan setelah restoran atu mendapat kelulusan MUIB dan dengan berkat kehalalannya, insya Allah akan mengaut keuntungan sepertimana pengalaman2 restoran2 di luar negara. 5. Yang aneh bin ajaib sekarang ialah komitmen pihak Kerajaan sendiri antaranya kantin2 di sekolah2 Kerajaan dan kantin2 di Jabatan2 ......
...
September 5, 2010 – 5:50 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman. 1. Saya turut berdukacita atas kepergian seorang pelakon yang kita sama2 kagumi dan hormati. Hj Rais Banih @ Liau Badar. Moga2 Allah memberikan rahmat dan pengampunanNya. 2. Mungkin tiba masanya pihak2 bekenaan spt RTB atau lain2 pihak utk mengusahakan penerbitan VCD atau DVD drama2 berkualiti dan menghiburkan di tahun 80an, 90an hasil lakonan Liau Badar dan kawan2 beliau, spt Awang Jambol, Hj Ahim, Hj Yahya dll. Begitu juga generasi pelakon selepas Liau Badar. Saya rasa generasi sekarang banyak yg tidak mengetahui talent mereka. Saya sendiri pun sudah lupa tajuk2 drama yg menghiburkan dan melucukan hasil lakonan mereka. 3. Kalau CD penyanyi tempatan boleh diterbitkan oleh RTB, mengapa tidak drama2 ini dijadikan VCD atau DVD kerana ia juga khazanah seni negara yg bagus diabadikan dan dinikmati bersama oleh kita sepanjang masa. 4. Al-Fatihah untuk Allahyarham, moga2 dikumpulkan bersama golongan salehin... ...
August 12, 2010 – 10:54 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (6 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum pembaca budiman sekalian. Selamat Berpuasa. This is Reply and comments for Al-G. 1. Al-Gharimin mxudnya salah satu asnaf yg berhak menerima zakat, iaitu golongan yg berhutang utk keperluan hidup yang asasi, tapi tidak mampu membayar hutangnya dlm masa yg telah ditetapkan oleh si penghutang. Mengikut sejarah di zaman Rasulullah SAW, asalnya asnaf al-Gharimin yg kena bagi zakat ialah ORANG YANG MENDAMAIKAN DUA KAUM YANG BERKELAHI ATAU BERMUSUHAN, iaitu sahabat Nabi ini terpaksa berhutang untuk mendamaikan dua belah pihak yg cuba kan berperang atau bermusuhan. Setelah sahabat ini berjaya, maka dia memohon kepada Rasulullah SAW supaya mandapatkan bantuan membayarkan hutangnya atu dan Rasulullah SAW telah memberikan hak zakatnya. Ada orang macam ane kah di Brunei ?? 2. Kalau berhutang bukan utk keperluan (tapi untuk bermewah2an, spt membeli komputer mahal, kereta mahal, perabot rumah, TV, astro, e-speed, parabola dsb) maka inda lah sepatutnya ia memohon wang zakat utk minta bayarkan hutangnya, kerana dikhuatiri ia memohon padahal ia inda layak dan dikhuatiri ia makan harta yg ia bukan empunya (memakan harta orang lain tanpa hak). Makan api namanya tu. Harta zakat ane panas, inda berkat kalau salah2 pohon. Memohon ia, pada hal ia tau ia inda layak.... Inda sama dengan harta selain zakat. 3. Kerajaan setakat ini telah berjaya membayarkan hutang perumahan bagi pemilik2 rumah skim perpindahan STKRJ, RPN dan skim perumahan Yayasan SHHB dan durang atu adalah asnaf al-Gharimin yg telah diakui oleh Majlis Ugama Islam. Durg inda tebayar skim perumahan dlm tempoh tertentu dan durg dikaji adalah termasuk sbgai asnaf al-Gharimin. Alhamdulillah, durang inda menerima wang ane, tapi bayaran atu diberikan terus kepada akaun Kerajaan dan akaun Yayasan SHHB. Durg inda memigang duit ane. Durg tau tinggal saja dalam rumah masing2. Tp jangan lupa, bayaran rumah seterusnya MESTI dibayar kerana bayaran zakat al-Gharimin utk rumah durang hanya sehingga Januari 2009 sahaja (tarikh ......
...
April 22, 2010 – 10:02 am by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (14 votes, average: 3.93 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... 1. Saya ingin memaparkan mengenai satu perkara yang sudah lama BERTAPAK SUBUR di Brunei yg kita cintai ini iaitu PERNIAGAAN ALI BABA. Tapi saya khususkan pada perniagaan runcit saja, kerana bila membincangkan ALI BABA, memang TERLALU LUAS skopnya....Perlu saya ingatkan sekali lagi....FOKUS SAYA dalam posting ini HANYALAH PERNIAGAAN RUNCIT SAHAJA... 2. Perniagaan runcit di Brunei, mungkin boleh dikatakan sebagai DIMONOPOLI oleh satu bangsa sahaja. Saya bukanlah RACIST terhadap bangsa ini, kerana jika ditakdirkan Allah, bangsa Mongol dari Mongolia atau bangsa MASAI dari Afrika atau bangsa ESKIMO dari Artik yang memonopoli perniagaan runcit di Brunei ini, maka keadaannya tetap sama... iaitu MONOPOLI oleh satu2 bangsa. So, ia bukanlah ISU BANGSA yang saya perkatakan di sini, tapi ISU MONOPOLI dan ISU BAGAIMANA KITANE BANGSA MELAYU BRUNEI mengatasinya... 3. Sebenarnya, jika betul perMONOPOLIan ini sebagai satu masalah, saya rasa ia dapat diatasi dengan menjadikannya sebagai satu PELUANG...kata urang putih : Change ......
April 4, 2010 – 10:41 am by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (10 votes, average: 4.2 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum Orang Tengah, Posting ini untuk menjawab komen biskita dalam Masyarakat Babi. Sengaja saya buatkan posting mengenainya. Baik jua... inda menjawab karang, kana fikirkan yg bukan2 .... Untuk makluman Orang Tengah, saya tidak merokok dan tidak pernah pandai merokok. Saya menyokong 100% rokok diharamkan dan sekarang NBD SUDAH ADA UNDANG2 MENGENAINYA. Al-hamdulillah. Orang Tengah pun menyokong kan ? Orang Tengah, Seperti yg Orang Tengah cadangkan, Insya Allah jika ada kesempatan, umur panjang dan dikurniakan akal yg masih waras, nanti saya akan mengetengahkan mengenai rokok pulang. Kata orang, STEP BY STEP, pelahan2... jangan menggerusuh-gerusuh macam membubut keretapi, karang yang dikendong berciciran... Dalam pada atu Orang Tengah, Yang banarnya banyak lagi perkara lain yg kan disentuh... bukan rokok saja... Orang Tengah, Mana tia posting2 kita ah..? Inda silap dalam komen2 ku dulu, ada ku cadangkan biskita memposting jua... Mau jua ku membaca... Inda kan Orang Tengah jadi TUKANG BACA DAN TUKANG KOMEN saja.. Ayuh ......

p2f

March 30, 2010 – 4:37 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (23 votes, average: 3.74 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... Awal2 lagi saya menyatakan ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana posting saya kali ini PASTI menyentuh pelbagai pihak, PASTI menyinggung perasaan pelbagai orang, dari pihak agensi Kerajaan, swasta hinggalah orang perseorangan. Kerana saya dalam DILEMA : Ditelan mati emak, diluah mati bapa... Tapi demi ugama, bangsa dan negara, saya menongkah arus, menahan saja apa jua duri dan onak yg mencucuk jasad ini... Kepada yang faham, Al-hamdulillah saya ucapkan. Kepada yang kurang faham atau tidak faham, fahamilah bersama...setidak2nya pun renung2 lah... 1. Inda silap, kali ani p2f yg ketiga. First pemenangnya ialah Zul F dan second ialah Dayat. Banyak bakat dicungkil dari kalangan muda belia remaja utk mempersembahkan nyanyian. Saya memahami bahawa pertandingan diujudkan dengan harapan, antaranya melahirkan penyanyi berkualiti dan setidak2nya sebagai menyatakan bahawa BRUNEI APA KURANGNYA DENGAN PENYANYI2NYA... Sebagai pernyataan bahawa kita boleh berbangga dengan keujudan mereka...atulah yg saya faham.. Dalam pada itu, berikut ......
March 24, 2010 – 5:46 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (15 votes, average: 4.13 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... Dengan niat saya untuk share maklumat saja kpd pembaca HYS yg budiman.. indada lain. Kerana berkemungkinan ada di kalangan pembaca HYS yg inda berkesempatan menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Seminar Kebangsaan Ulama Dan Pakar Mengenai Influenza H1N1, hari ini 23 Mac 2010 di ICC. 1. Alhamdulillah, Majlis Pembukaan Rasmi seminar selamat disempurnakan oleh Duli Pengiran Muda Mahkota dan hingga Khamis ane seminar berlangsung. Dalam acara pembukaan rasmi ane, sebuah kertas kerja utama dibentangkan, ditulis oleh YB Pehin Mufti Kerajaan dan telah dibacakan oleh YDM Pehin Timbalan Mufti Kerajaan. 2. Antara istilah yg digunakan dalam kertas kerja tadi ialah MASYARAKAT BABI. Bermaksud sebahagian besar kehidupan manusia sekarang (di seluruh dunia) menggunakan barangan yg terbit atau terhasil dari BAYI/BAIE (nya orang Brunei) atau BABI (nya Bahasa Melayu). Seluruh anggota badan babi dipergunakan, dari daging, bulu, tulang, lemak, usus malah kalenjar, darah, enzim dll digunakan untuk membuat apa jua produk makanan, ......
March 19, 2010 – 4:38 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (17 votes, average: 4.59 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... 1. LegCo yg mulia tiba2 didatangi cadangan berani dan saya rasa hanya SEORANG saja dari kalangan YB-YB di sana yg merasakan cadangannya itu bernas dan terbaik : iaitu sipencadang sendiri. Banyak kawan sahabat rakan handai taulan jiran dan orang kampong terperanjat dengan cadangan yang amat berani ini, maka timbullah pelbagai spekulasi dan andaian, yg terbit dari persoalan bermacam2. 2. Persoalan yg timbul ialah : Mengapa soalan ini muncul ? Dari siapa sebenarnya cadangan ini ? Adakah betul dari lubuk hati sanubari sipencadang ? Atau ia mewakili masyarakatnya ? Adakah betul mewakili TOURIST yg inda tahan mesti jua minum arak di Brunei ? Atau lebih jauh lagi, ia mewakili segelintir orang kita Bangsa Melayu Islam yg NIPIS IMANnya, yg masbuk mau ikut nafsu, yg ingin menikmati barang haram itu di negara ini dengan dihalalkan oleh undang2 dan peraturan negara ? Adakah sipencadang TIDAK MENGETAHUI hakikat pengamalan falsafah MIB ......
March 17, 2010 – 7:52 am by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (13 votes, average: 4.31 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... Sekadar menyampaikan apa yg didengar, di kiri, di kanan, di depan dan di belakang kita semua.... Dinding jangan dikata tidak bertelinga... Bercakap siang, pandang-pandang... bercakap malam, dengar-dengar... Senario masa ane : Awang : LegCo udah bemula ne Ji... Time ne bisdia bebincang mendengar suara rakyat dari YB-YB. Bisai jua ah..? Haji : Banar tu Wang. Ganya pihak Menteri-Menteri usulnya macam emosi kadang-kadang, bila mandapati soalan atu macam kan menganakan bisdiurang... Awang : Da deh... YB-YB atu menyampaikan hajat rakyat. Persoalan diajukan, bukan niat kan memalukan. Ganya, kan mau tau apa perkembangan setiap kementerian. Haji : Mun camatu bisai. Tapi setiap kementerian kan sepanjang tahun terbuka menerima YB-YB atu berkunjung ke mana-mana kementerian, untuk betanyakan perkembangan. Bukannya time LegCo baru tah mengajukan soalan-soalan cepu mas. Kadang-kadang payah-payahan Menteri-menteri atu menjawab. Awang : Yg sepatutnya camatu kali banar. Tapi mungkin YB-YB atu inda kana bawa mesyuarat pakah. Yatah inda tia jua berani YB-YB ......
March 11, 2010 – 8:23 am by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (8 votes, average: 3.88 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... 1. Baru2 ini saya diberi peluang mengikuti seminar Integriti Dalam Perkhidmatan Awam kelolaan Biro Mencegah Rasuah dan terus terang saya katakan, bahawa seminar ini amat berfaedah dan sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan. Dua orang pembentang/penceramah didatangkan dari luar negeri mendedahkan kepentingan INTEGRITI dalam kehidupan manusia. Tahniah diucapkan kpd pihak penganjur ! 2. Apa itu INTEGRITI ? Salah seorang peserta telah berpeluang memberikan pandangannya di akhir seminar, memberikan kesimpulan yg dipersetujui oleh pembentang2 sendiri, bahawa INTEGRITI itu adalah termasuk dalam istilah yg telah diperkenalkan oleh Islam iaitu AL-EHSAN... Hadis berbunyi : " An ta'budallaha ka annaka taraahu, fa in lam takun taraahu, fa innahu yaraaka..." iaitu bahawasanya AL-EHSAN ialah seumpama engkau yang memperhambakan dirimu kepada Allah SWT seolah-olah engkau melihat Nya, maka jika engkau tidak dapat melihat Nya (memang kita tidak dapat melihat Allah SWT), maka sesungguhnya Allah itu melihat engkau... 3. Mengulang kembali komen pembentang ......
March 4, 2010 – 6:23 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (11 votes, average: 4.27 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman.... 1. Terima kasih kpd semua atas pelbagai pandangan setelah saya memposting isu kad kredit tempoh hari. Tidak dinafikan, ianya hangat dibualkan di mana-mana, kerana isu ini mengaitkan kewangan masing2. Sesungguhnya ketidak-fahaman boleh menyumbang pelbagai spekulasi, andaian dan bayangan negatif. 2. Kita rujuk sirah Nabi, apabila baginda Rasullullah SAW memetrai perjanjian dengan kaum Quraisy dalam Bai'atul Aqabah, sebahagian para sahabat termasuk Sayidina Omar Al-Khattab telah berpandangan serong dan negatif, malahan meragui mengapa Rasulullah SAW bersetuju dengan semua syarat dlm perjanjian tersebut. Tetapi kerana keimanan yg utuh dan yakin dengan janji Allah, Sayidina Omar tetap mematuhi dan yakin bahawa ada rahsia di sebalik KERUGIAN yg boleh menimpa orang2 Islam melalui perjanjian tersebut. Apabila Sayidina Omar merujuk kepada Sayidina Abu Bakar As-Siddik yg berpandangan TETAP MENYOKONG Nabi SAW tanpa meragui sedikit pun, barulah Sayidina Omar merasa tenang dan yakin, bahawa kemenangan akan dijulang oleh orang2 Islam. Akhirnya, memanglah janji Allah ......
February 26, 2010 – 7:00 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (9 votes, average: 4.44 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... Posting saya agak BERAT kali ini, tapi harapan saya agar para pembaca dapat menyelami keinginan saya untuk melihat NBD yg bersinar cemerlang di masa akan datang... 1. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana NBD sudah 26 tahun mencapai kemerdekaan. Saya diberikan peluang bersama peserta2 lain menyertai perarakan perbarisan, dalam sebuah upacara yg sederhana berbanding tahun2 lalu, tetapi cukup meriah dengan harapan ianya diberkati Allah SWT. Persembahan padang yang gemilang, cantik dan berwarna warni bukanlah tujuan utama, walaupun sebilangan kita mengharapkan persembahan padang akan lebih menarik dari tahun yang sebelumnya. Yg paling penting ialah PERPADUAN rakyat, KEHARMONIAN, KESEJAHTERAAN, KEAMANAN dan KEMAKMURAN dapat dikekalkan dan dipertahankan. 2. Yg membanggakan kita ialah kesungguhan para peserta mengikuti sesi latihan dan seterusnya hari kemuncak, menampakkan sikap patriotisme dan semangat cintakan negara, dari para belia sehinggalah orang separuh usia dan juga orang kurang upaya. Tahniah diucapkan dan harapan semoga semangat ini berkekalan sepanjang ......
February 23, 2010 – 7:48 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (16 votes, average: 4.31 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... 1. Title ku atu kasar bunyinya, tapi atu tah realiti dan fakta. Di Brunei ane, start tah seorang atu bekeraja, lebih2 lagi kalau bekeraja rah kerajaan, mula tah mengira-ngira kan me"loan" di mana-mana bank. Bank apa lagi, menungap saja. Inda cukup loan bank, pegawai atau kakitangan kerajaan ada kemudahan meloan kereta, tapi Alhamdulillah nada interest. Kalau $12,000 loan kereta, atu tah jumlah yang patut dibayar jua... 2. Ada orang beucap, mana inda meloan, kereta adalah satu kemestian di Brunei ane. Indada kereta, macamana kan turun bekeraja ? Harapkan pengangkutan awam macam bas atau teksi, payah.... Bas bukannya banyak banar, apa tah lagi teksi yang sekadar pebelasan buah saja di Brunei ane... Tambangnya lagi yang mahal... Tentulah pihak pengusaha bas dan teksi ada lagi ulasan durang tu... dan atu lain bab ceritanya.... (Sori pihak bas dan teksi.., ane relaiti bukan fantasi...) 3. Banar kata salah seorang penulis dalam HYS ......
February 19, 2010 – 7:36 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (14 votes, average: 4.36 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu Alaikum para pembaca budiman... 1. Ada ku tedangar peraturan baru mengenai kredit kad, tapi balum ku tebaca di mana-mana, samada Surat Keliling Kementerian Kewangan, atau di akhbar-akhbar atau berita di Radio dan TV. Kalau biskita pembaca ada mengetahui, share2...kan. 2. Yang ku faham melalui khabar2 angin ane, kad kredit katane, contoh kitane ada kad kredit keluaran Bank Standard Chartered (SCB), tapi gaji kitane melalui IDBB, maka kad kredit kitane atu akan dimansuhkan oleh pihak2 berkenaan. Kalau mau kad kredit atu masih ON, syarat utama ialah memasukkan gaji ke dalam Bank SCB. Kalau biskita para pembaca lebih tahu, cuba deh, terangkan kalau banar peraturan baru ane... 3. Yang ku faham jua, sebab utama peraturan baru ane dibuat disebabkan orang Brunei banyak berhutang kad kredit. Pasal atu Kementerian Kewangan cuba mengatasi masalah ane dengan membuat peraturan baru, iaitu pegawai dan kakitangan Kerajaan yang ada kad kredit, dimansuhkan kad durang, inda lagi durang dapat menggunakan ......