Author Archive


February 16, 2010 – 5:11 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (11 votes, average: 4.45 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum pembaca budiman... 1. Saya berpeluang menghadiri majlis pengijazahan peserta2 Darusysyifa Warrafahah (DW) Ahad lalu dgn dihadiri oleh YTM Pengiran Muda Abdul Malik. Inilah majlis pengijazahan pertama bagi DW dan Insya Allah, akan ada lagi majlis seumpamanya di masa2 akan datang. Sungguh berbangga rasanya kerana perubatan Islam semakin berkembang dan diharapkan kesedaran masyarakat Islam supaya menjauhi BOMOH2 yg menggunakan JIN dan SYAITAN atau menggunakan SIHIR dalam pengubatan mereka. 2. Tidak dinafikan, salah satu sebab mengapa masyarakat Islam suatu ketika dulu di negara ini terlibat menggunakan khidmat PERBOMOHAN yg menggunakan tangkal, azimat, sihir, jin dan syaitan, adalah kerana ketiadaan pengamal perubatan Islam atau kekurangan mereka ini. Sekarang ini, diharapkan umat Islam TIDAK LAGI menggunakan khidmat para BOMOH atau DUKUN atau ORANG PANDAI yg menggunakan asap kemenyan, mantera atau baca-bacaan yg tidak difahami maksud dan ertinya dll yg boleh menjurus kepada SYIRIK kerana menggunakan khidmat jin dan syaitan dalam perubatan mereka. 3. Para lepasan atau penerima ijazah DW diharap dapat memberikan khidmat mereka kepada masyarakat Islam dengan IKHLAS, penuh komitmen, teguh keimanan mereka (bertaqwa) memelihara akhlak dan budipekerti, jujur dan BEKARIH walau tengah malam kana lagau.... Tiada istilah dalam kamus mereka, bahawa pekerjaan ini tidak menguntungkan, kerana bukan wang jadi ukuran, tetapi pahala dan ganjaran dari Allah SWT yg diharapkan, sepertimana nasihat yg telah diberikan oleh Dr. Ustaz Haron Din. 4. Masyarakat Islam pula janganlah ragu dengan keujudan DW, kerana ia ditubuhkan adalah sebagai salah satu usaha membanteras kegiatan SYIRIK pada BOMOH dan DUKUN dan ORANG2 PANDAI yang menggunakan jin dan syaitan atau sihir dalam perubatan mereka itu. Keberangkatan YTM Pengiran Muda Abdul Malik adalah simbol kepada betapa seriusnya Kerajaan dalam usaha membanteras kegiatan syirik tersebut. 5. Saya berdoa semoga DW akan terus berjaya dengan misi dan visinya dan umat Islam terpelihara dari terus menggunakan khidmat para BOMOH, DUKUN atau ORANG2 PANDAI yg memakai khidmat jin ......
...
February 4, 2010 – 5:27 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (9 votes, average: 4.56 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum... 1. Pihak Lembaga Bandaran BSB sedang mengorak langkah mengusahakan supaya BSB menjadi bandar yg sistematik, hijau, mesra pengguna, cantik berseri, berkualiti, memelihara sejarah dan budaya dsb.... Moga2 usaha berkebajikan ini akan berjaya dan kita berpeluang melihat kemajuan BSB, kalau tidak pun melangkaui zaman, tapi cukup sebanding dengan kota2 di luar sana.. 2. Pihak Lembaga Bandaran juga menggunakan pendekatan mengambil pendapat dari semua pihak, samada agensi2 Kerajaan yg memegang polisi tertentu maupun pihak individu rakyat dan orang ramai, yg berpeluang memberikan idea dan pandangan, apakah bandar idaman mereka... Jangan nanti sudah rumah siap, pahat dan tukul masih berbunyi, komplen sana komplen sini... 3. Mungkin ada pandangan di luar sana mengenai BSB sebagai Islamic City...? Bandar berkonsep Islam bukanlah setakat keujudan masjid dan suraunya, bukan setakat terbina sekolah2 ugamanya dan bukan setakat ketiadaan tugu patung di mana2.. Tetapi mengambil semangat Negara Zikir yang telah dititahkan KDYMM, sebagai contoh antaranya menerusi papan2 tanda ayat2 suci Al-Quran atau hadis2 tertentu yg memberikan inspirasi dan motivasi kepada sipembaca. Kita sudah ada papan tanda TASBIH, TAHMID dan TAKBIR di jalan2 raya. Tambahkanlah lagi dengan kalimah suci yang lain... Kita sanggup berbelanja SETIAP TAHUN membina pintu2 gerbang sewaktu menyambut Hari Keputeraan baginda, apa salahnya membina papan2 tanda ini hanya UNTUK SEKALI sehinggalah papan2 tanda ini menjadi kabur atau tidak dapat digunakan lagi... 4. Antara lain yg dapat difikirkan juga ialah kemestian pembinaan SURAU di mana-mana bangunan samada milik Kerajaan atau swasta, sebagai keperluan umat Islam mengerjakan sembahyang. Tidaklah perlu luas seumpama masjid, cukuplah bersesuaian dan selayaknya digunakan oleh pegawai dan pekerja... 5. Al-hamdulillah, NBD mempraktikkan tulisan2 jawi di mana2 saja, berupa papan2 tanda, iklan, cop2 perniagaan, nama2 kedai, simpang2 jalan, nama2 kampong dsb. Cuma saya musykil dengan ejaan yang digunakan, sebagai contoh ejaan KAMPONG dalam jawi, MENGAPA PERLU ADA ALIF selepas KAF ? KAF ALIF MIM PA WAU NGA...? ......
...
February 3, 2010 – 5:05 pm by komodo
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (11 votes, average: 4.09 out of 5)
Loading ... Loading ...


Assalamu alaikum para pembaca budiman... 1. Keberangkatan KDYMM ke KUPU SB dan telah berkenan mengurniakan titah, bukanlah difikirkan sekadar teguran semata, tetapi menunjukkan betapa baginda amat kasih dan sayang kepada rakyat baginda khususnya umat Islam di negara ini. Seperti seorang ayah yg menegur anaknya, begitulah keperihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat, apatah lagi bidang pendidikan Islam tidak boleh dipandang sebagai berpuas hati dengan tahap yang ada sekarang. 2. Keperihatinan baginda juga melalui teguran terhadap kejadian Gala Night UBD yang lalu, menunjukkan bahawa gejala sosial tidak seharusnya berlaku di kalangan pelajar UBD, kerana mereka adalah bakal pemimpin di masa akan datang. 3. Pihak2 berkenaan yang ingin mengadakan acara2 hiburan, dalam bentuk nyanyian, tarian, fesyen dsb yang selalunya mengujudkan percampuran lelaki wanita dan pakaian2 yang menjolok mata, seharusnya mengambil pengajaran dari teguran baginda ini. Baginda bukan setakat menegur pihak UBD saja, tetapi tidak mustahil di masa akan datang, jika kedapatan lagi majlis2 seumpamanya yang ......