March 13, 2012 – 12:40 pm by bbs
Assalamualaikum semua. Saya ni cuma ingin meluahkan rasa yang ada didalam hati. Sebagai seorang pelajar, yang menerima elaun yang lebih kurang tiga ratus setengah sebulan. Bukannya tidak besyukur, alhamdulillah dengan pemberian elaun yang diberikan oleh kerajaan kita. Jikalau tiada, makinlah parah. Terus terang kami ni bukanlah dari golongan yang hidup senang, hanya cukup makan saja. Yang menjadi kemusykilan kami kadar elaun tu boleh dikatakan mencukupi, tapi umur elaun tu sama seperti umur universiti pertama di Brunei ani. lebih kurang 25 tahun sudah. Keadaan ekonomi 25 tahun yang lepas. $350 tu memanglah menyenangkan, tapi sampai sekarang ni tiada perubahan dengan kadar tu, sedangkan ekonomi sekarang ni amat memerlukan belanja yang lebih. Dan apa yang kita selalu dapat baca, harga barangan pun makin naik. Dapat dipkirkan keseimbangan ekonomi sama perbelanjaan. Belanja minyak pun mahu seratus untuk sebulan. Makan sehari $4, paling kurang sudah tu (nasi katok + minuman $2, dua kali sehari = $4). ......


